Wednesday, November 4, 2015

SIRI 1 - SUSUR GALUR KETURUNAN

Siri 1 - 

    Dengan Nama Allah...Yang Maha Pencipta, 


                         Maka bermulalah jejak mencari susur galur dalam salasilah ini.

                 Menyusuri Salasilah Keturunan (MOYANG SULONG) 


   Pengkisahan susur galur ini akan menceritakan mengenai salasilah anak - beranak hingga ke     

   generasi cucu, cicit dan piut keturunan Moyang SULONG. 


                             - Keluarga TOK SAMAD BIN SULONG 

                                                   dengan Isteri 

                          MEK BTE SENIK &  KALSOM BIN KHAMIS.. 


Setakat waktu ini..  Sudah ada sumber yang jelas untuk mengisahkan sejarah kehidupan, asal usul, bilangan adik beradik  Moyang SULONG..

Kerana kesibukan dengan pekerjaan harian menyebabkan telah terlupa dengan rancangan menjejak salasilah asal usul keturunan ku.

Sumber maklumat susur galur asal usul keturunan buat masa sekarang diperolehi sedikit sebanyak merujuk dari 2 orang  waris terdekat yang paling tua dari generasi ke-3 Tn. Mohammed Bin Ismail dan Wan Fatimah @ Wan Nafisah Bte Wan Ibrahim (Kak Sah). 

Tn. Mohammed Bin Ismail.
Kadang-kala bila masa mengizinkan maka saya dan isteri serta anak-anak akan berkunjung ke rumah Tn.Mohamed di Jalan Jetatek, Dato Keramat..

Walau tidak selalu, sekali sekala berjumpa dengan dia sendiri, atau keluarganya tetap mengerat persefahaman dan silaturrahim sesama keluarga dan mengetahui perkembangan kehidupannya. 

Beliau berperwatakan agak tegas dan serius tetapi kadangkala gemar bergurau dan amat mesra dengan adik-adiknya termasuk saudara-mara sesuai dengan sifatnya sebagai abang-sulong dan dikenali dikalangan anak-anak-saudara beliau sebagai PAK LONG MAD.


Berdasarkan dari sumber maklumat daripada Beliau mengisahkan bahawa Moyang SULONG menetap di Kg Sri Gunong..Beliau masih ingat sewaktu masih kanak-kanak (sekitar tahun-tahun 50an dulu) waktu itu keluarga SULONG tinggal di sebuah rumah kayu yang yang sederhana besar separuh siap atas tapak tanah pusaka pemberian nenek moyang. 

Rumah dengan beranda bertangga kayu dibahagian hadapan, terletak tidak jauh dari jalan utama Kg Sri Gunong. Banyak kenangan yang masih dapat Beliau ingat ketika waktu itu waktu bermain dan makan beramai-ramai dengan meriah (bersama-sama sepupu-sepapat Beliau yang kebanyakannya masih kecil waktu itu) dan kemudian Beliau beramai-ramai memanjat pokok buah-buahan berhampiran rumah.Beliau agak rapat dengan Datok dan Neneknya berbanding sepupunya yang lain kerana beliau diletakan bawah jagaan datuk dan nenek nya oleh ayah dan ibunya yang menetap di Pekan, Pahang.

Wan Fatimah @ Wan Nafisah Bte Wan Ibrahim (Kak Sah).
Bertahun tidak berhubung bertanya khabar setelah pernah berjumpa dengan Beliau (Kak Sah) semasa majlis rumah terbuka hari raya kediaman Kak Nora di Kg Kebun, Klang. 

Buat pertama kali saya sekeluarga berkunjung ke Teratak kediaman Beliau di Jalan Dedap, Saujana Utama Sg. Buloh. Kehadiran saya di sambut dengan senyuman oleh Beliau dan keluarganya yang telah menetap di situ lebih 7 tahun. 
kunjungan kami telah mengerat persefahaman dan silaturrahim sesama keluarga dan mengetahui perkembangan kehidupannya.

Sambil kami berbual dan minum petang, Beliau banyak bercerita mengenai kaum-keluarga dan sanak-saudara. Beliau banyak mengimbas kisah silam semasa menetap di Kelantan dan banyak membantu usaha mencari serta menghubungi saudara-mara yang tinggal di Kelantan dan di merata negeri. 

SUMBER AWAL.

Beliau mendapat sumber maklumat keturunan Moyang Sulong daripada emak saudara Beliau bernama (Mak Yah) yang masih menetap di Kg Sri Gunong yang mengisahkan bahawa Moyang Sulong di gelar oleh saudara mara dan orang kampung dengan gelaran "Tok Pok Mek Long" yang berasal dari Kampung Kuing, Jelawat.

Kak Sah juga memang sudah mengumpulkan maklumat susur galur bagi keluarganya sendiri. saya pula ada nota mengumpul maklumat salasilah keturunan keluarga sendiri. Maka, memandangkan rangka awal sudah ada, mudahlah untuk meneruskan kerja menambah cabang dan ranting pada pokok Keturunan Moyang Sulong. 

Semasa berbincang mengumpulkan bahan, timbul pula cadangan supaya pertemuan diadakan bagi mengumpulkan saudara-mara dari jauh dan dekat yang sudah terlalu lama tidak bertemu,
Pada masa yang sama, timbul idea untuk mengumpulkan maklumat kaum-keluarga untuk dibukukan sebagai suatu bahan dokumentasi berharga serta dicetak dan diedarkan kepada kaum-keluarga yang menghadiri pertemuan tersebut.  


SALASILAH KETURUNAN MOYANG SULONG


GERERASI PERTAMA

Moyang SULONG mempunyai 3 orang anak.
Hasil perkahwinan (Masih belum ada maklumat isteri)
Nama anak-anaknya adalah :-

1- SARI BTE SULONG.
2- EMBUNG BTE SULONG.
3- SAMAD BIN SULONG.

1- Anak Pertama SARI BTE SULONG
PERKAHWINAN PERTAMA 
Telah berkahwin dengan ISMAIL. 
Pasangan ini yang dianugerahkan Allah 4 orang anak.
Senarai nama anak-anaknya adalah seperti berikut:-

1.  BORHAN B ISMAIL
2.  SUHAIMI B ISMAIL
3.  GAFFAR B ISMAIL
4.  SAIFUDDIN B ISMAIL


(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak keluarga ini)

SARI BTE SULONG
PERKAHWINAN KEDUA 
Telah berkahwin dengan IBRAHIM. 
Pasangan ini yang dianugerahkan Allah 2 orang anak.
Senarai nama anak-anaknya adalah seperti berikut:-

1.  SALLEH BIN IBRAHIM
2.  TOK TEH (Nama panggilan) 
(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak     
      keluarga ini)


SALLEH telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat  dan di kurniakan 5 orang anak iaitu bernama : 

1- OSMAN BIN SALLEH
2- JAAFAR BIN SALLEH 
3- FATIMAH BTE SALLEH
4- HALIMAH BTE SALLEH 
5- MOHAMMAD BIN SALLEH

JAAFAR BIN SALLEH telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat .
salah seorang anak beliau bernama Abg Jid yang menetap di Kg Padang Luas Jertih, Terengganu. 

Jumlah anak-beranak:  (belum ada maklumat yang di perolehi) 

HALIMAH BTE SALLEH telah berkahwin WAN IBRAHIM salah seorang anak beliau bernama Wan Fatimah @ Wan Nafisah Bte Wan Ibrahim (Kak Sah) Sekarang menetap di Suajana Utama Sg. Buloh. 

2- Anak Kedua - EMBUNG BTE SULONG 
Telah berkahwin dengan nama yang sama ISMAIL adalah seorang Pengulu Kg. Bukit Chenda..  
Pasangan ini yang dikurniakan 4 orang anak juga.
Senarai nama anak-anaknya adalah seperti berikut:-

1.  KAK DAH
2.  KAK NAH
3.  IBRAHIM
4.  NADZMI KHIR

KAK DAH telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat  dan di kurniakan 2 orang anak iaitu bernama : 

1- NAIMUN
2- NAIMAH

KAK NAH telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat  dan di kurniakan 2 orang anak iaitu bernama : 

1- IDRUS
2- MAHANI

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

2- Anak Ketiga - SAMAD BIN SULONG mempunyai 2 orang Isteri .

PERKAHWINAN PERTAMA 

KETURUNAN SEBELAH DATUK (SAMAD)

SAMAD BIN SULONG telah berkahwin dengan MEK BTE SENIK. Setelah berkahwin dikurniakan hanya 1 orang anak iaitu bernama :-

1. MOHAMAD BIN SAMAD (adalah adik beradik satu bapa lain ibu.)

MOHAMAD telah berkahwin dengan SITI TIMOH  dan di kurniakan 4 orang anak iaitu 
bernama : 

1. SAPIAH BTE MOHAMAD
2. AZIZ BIN MOHAMAD (Anggota Polis - Menetap di Kg Kunci Air, Tg.Karang.)
3. AZIZAH BTE MOHAMAD *
4. SITI HABSAH BTE MOHAMAD


Anak-anak kepada pasangan ini masih ada tinggal di sekitar daerah Bachok; 
semuanya telah berumah-tangga dan mempunyai kehidupan sendiri. 

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

PERKAHWINAN KEDUA

SAMAD BIN SULONG telah berkahwin pula dengan KALSOM BTE KHAMIS 



KETURUNAN SEBELAH NENEK (KALSOM)

Keturunan keluarga Sebelah KALSOM BTE KHAMIS 
Hanya mempunyai  2 orang adik-beradik .

1. KALSOM BTE KHAMIS
2. MAT DIAH BIN KHAMIS 

Sebelum SAMAD BIN SULONG berkahwin dengan KALSOM BTE KHAMIS pernah berkahwin dengan (nama) Masih belum ada maklumat  dan dikurniakan 3 orang anak :-

1. HUSSIEN 
2. HAMAT
3. NAWANG

HUSSEIN (Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

HAMAT telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat  dan di kurniakan 4 orang anak iaitu bernama : 

1. CHE TIMOH
2. YUSOP
3. ISHAK
4. YAHYA

NAWANG telah berkahwin (nama) Masih belum ada maklumat  dan di kurniakan 3 orang anak iaitu bernama : 

1. HABSAH
2. MEK LIMAH
3. MEK MINAH

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)


Adik KALSOM - MAT DIAH Telah berkahwin dengan (nama) Masih belum ada maklumat..  
Pasangan ini yang dikurniakan 3 orang anak.
Senarai nama anak-anaknya adalah seperti berikut:-

1.  SUHAIMI
2.  MIDAH
3.  NAZULA (SEKARANG WAKIL RAKYAT PALOH, GUA MUSANG)


PERKAHWINAN KEDUA

SAMAD BIN SULONG Telah berkahwin dengan KALSOM BTE KHAMIS..  
Pasangan ini yang dikurniakan seramai 6 orang anak.
Senarai nama anak-anaknya adalah seperti berikut:-

1.  ISMAIL BIN SAMAD
2.  RASHID BIN SAMAD
3.  MARIAM BTE SAMAD
4.  MAD ADAM BIN SAMAD
5.  YUSOF BIN SAMAD
6.  SITI NOOR BTE SAMAD


ISMAIL BIN SAMAD telah berkahwin dengan CHE TEH BTE AWANG KHECIK dan di kurniakan 6 orang anak iaitu bernama : 

1. MOHAMED BIN ISMAIL (Menetap di Jln Jelatek, Dato Keramat)
2.
3.
4.
5.
6.  

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

RASHID BIN SAMAD telah berkahwin dengan MAIMUNAH BTE SULONG dan dianugerahkan Allah anak paling ramai, iaitu seramai  14 orang, 11 lelaki dan 3 perempuan. Senarai nama anak-anaknya mengikut susunan umur adalah seperti berikut:-

1. SAZALI BIN RASHID
2. ROSLI BIN RASHID
3. RADZUAN  BIN RASHID
  . ROSLAN BIN RASHID *M
4. ROSLINA BTE RASHID
5. ROSLIZA BTE RASHID
6. ROZILA BTE RASHID
7. ROZITA BIN RASHID
8. RADILAH BIN RASHID
9. AZIZUL BIN RASHID
10. ISMAIL BIN RASHID
11. ROSMAN BIN RASHID
12. KHALID BIN RASHID
13. SHUKRI ANUAR B RASHID 

* M  -  Meninggal semasa kecil

MARIAM telah berkahwin dengan SAAD  dan di kurniakan 5 orang anak iaitu bernama : 

1. KAK LAH
2. KAK NIAH
3. KAK YAH
4.
5.
(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

MAT ADAM BIN SAMAD telah berkahwin dengan (nama) Masih belum ada maklumat dan di kurniakan 3 orang anak iaitu bernama : 

1. ROSLINA BTE ADAM
2. ZAHARI BIN ADAM
3. ROSLAN BIN ADAM

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

YUSOF BIN SAMAD telah berkahwin dengan (nama) Masih belum ada maklumat dan di kurniakan 4 orang anak iaitu bernama : 

1. AGUS BIN YUSOF
2. ASIN BIN YUSOF
3. AYUB BIN YUSOF
4.

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

SITI NOOR BTE SAMAD telah berkahwin dengan YUSOP 
dan di kurniakan 2 orang anak iaitu bernama : 

1. ZULKARNAIM  BIN YUSOP
2. NORA BTE YUSOP

(Masih belum ada maklumat lanjut mengenai anak beranak LAIN keluarga ini)

Anak-anak kepada pasangan ini masih ada tinggal di sekitar daerah Bachok; 
semuanya telah berumah-tangga dan mempunyai kehidupan sendiri.  


Senarai KETURUNAN anak-anak dan cucu-cicit  TOK SAMAD yang saya perolehi ini adalah sehingga/setakad penghujung 2015, dan seperti apa yang ada dalam rekod saya. Kemungkinan besar ada maklumat yang kurang tepat; ada nama yang tercicir; atau ada penambahan baru dalam keluarga. 
Mohon kerjasama saudara-mara untuk sama-sama kita 'update' dan buat pembetulan sekiranya ada.

USAHA KEARAH MENJALINKAN SILATURRAHIM DENGAN ANAK-CUCU-CICIT TOK SAMAD

Kata orang rezeki, jodoh dan ajal maut semuanya di tangan Allah yang maha berkuasa. 
Yang pergi tetap telah pergi meninggalkan kita semua. Cuma kita yang masih hidup sepatutnya menyambung legasi dan silaturrahim sesama Generasi keluarga besar kita walaupun dengan membawa haluan sendiri serta sibuk dengan kerja dan urusan keluarga masing-masing.

Saya mengakui bahawa usaha ini tidak mudah. Saya berharap saudara-mara tampil memberikan maklumat dan kerjasama untuk merealisasi usaha mengumpul maklumat sanak saudara Keturunan Moyang Sulong. 

Bagi mereka yang ada akaun FB, terdapat ramai anak-cucu-cicit  Allahyarham  yang bergiat aktif di FaceBook  dan WhatsAsp. Mungkin anda boleh 'add' mereka ini untuk terus melebarkan jalinan interaksi sesama keluarga kita......



Akan bersambung  -  Salasilah Keturunan Tok Samad.

SEKIAN.

TERIMA KASIH..

Dari :
Tn. MOHAMED BIN ISMAIL
HP- 010 606 1111
ISMAIL BIN RASHID (i.R)
HP- 017 266 4155
email : east155star@gmail.com


MENJEJAK SUSUR GALUR KETURUNAN

                                  JEJAK MENYUSUN SALASILAH MOYANGKU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


    Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat 
supaya tidak putus hubungan silaturrahim


antara waris zuriat.


Khas untuk  ANAK-CUCU-CICIT-WARIS  TOK SAMAD  di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang.
                     
                  SALASILAH KETURUNAN
    (SAMAD BIN SULONG + KALSOM BTE KHAMIS)


       SEPATAH KATA 

Pada tahun 2010 aku terfikir Idea untuk mulakan mencoret sepatah dua kata yang bakal aku naskahkan untuk tatapan dan rujukan genarasi hari ini dan seterusnya. 
Idea ini mulanya adalah urutan daripada rancangan asal oleh Tn. Mohamed Bin Ismaildan dibantu oleh adiknya serta beberapa orang tua penduduk asal Kg. Sri Gunong di mana bermulanya sejarah Salasilah Keturunan Tok Samad ini. 
Rancangan untuk menulis naskah ini telah sekian lama tersimpan difikirannya iaitu semenjak mula-mula bekerja di MAS sekitar tahun 70an.. Pada mulanya sedikit sebanyak maklumat telah dikumpul untuk ditulis dan akan dijadikan Naskah buku. Tapi sayangnya separuh maklumat dan gambar asal itu yang disimpan dalam beg telah hilang dalam  satu kejadian pecah kereta. Selain itu dokumen dan gambar yang daripada  simpanannya entah di mana kini berada. Beberapa tahun kemudian setelah bertamu kerumahnya saya diberitahu hasratnya untuk mula menulis Naskah Salasilah Keturunan Tok Samad. 
Setelah sekian lama berlalu akhirnya aku memulakan coretan untuk menghasilkan  senaskah Buku Salasilah Keturunan Tok Samad ini sekitar tahun 2013 dengan seorang sepupuku Abg Agus.. 
Dengan izin Allah Insyallah aku akan cuba mencoret naskah ini sebaik mungkin. Namun sebagai hamba Allah yang tidak lekang dari membuat kesilapan aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf andainya terdapat sebarang kesilapan di sepanjang aku menulis buku ini. Pada yang silap diharap diperbetulakan dan pada yang kurang diharap ditambah baik pada buku keluaran seterusnya demi tatapan dan rujukan saudara mara genarasi yang akan datang. 


Senarai Anak-Anak dan Cucu-Cicit Tok Samad yang saya perolehi ini adalah sehingga/setakad penghujung 2015; dan seperti apa yang ada dalam rekod saya. Kemungkinan besar ada maklumat yang kurang tepat; ada nama yang tercicir; atau ada penambahan baru dalam keluarga. Mohon kerjasama saudara-mara untuk sama-sama kita 'update' dan buat pembetulan sekiranya ada.

salam hormat dari penulis.
 
Yang Ikhlas
 
Ismail Bin Rashid(i.r)