JEJAK MENYUSUN SALASILAH MOYANGKU
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat
supaya tidak putus hubungan silaturrahim
antara waris zuriat.
Khas untuk ANAK-CUCU-CICIT-WARIS TOK SAMAD di seluruh Malaysia yang mencari kebenaran dalam sejarah silam yang hilang.
(SAMAD BIN SULONG + KALSOM BTE KHAMIS)
SEPATAH KATA
Pada tahun 2010 aku terfikir Idea untuk mulakan mencoret sepatah dua kata yang bakal aku naskahkan untuk tatapan dan rujukan genarasi hari ini dan seterusnya.
Idea ini mulanya adalah urutan daripada rancangan asal oleh Tn. Mohamed Bin Ismaildan dibantu oleh adiknya serta beberapa orang tua penduduk asal Kg. Sri Gunong di mana bermulanya sejarah Salasilah Keturunan Tok Samad ini.
Rancangan untuk menulis naskah ini telah sekian lama tersimpan difikirannya iaitu semenjak mula-mula bekerja di MAS sekitar tahun 70an.. Pada mulanya sedikit sebanyak maklumat telah dikumpul untuk ditulis dan akan dijadikan Naskah buku. Tapi sayangnya separuh maklumat dan gambar asal itu yang disimpan dalam beg telah hilang dalam satu kejadian pecah kereta. Selain itu dokumen dan gambar yang daripada simpanannya entah di mana kini berada. Beberapa tahun kemudian setelah bertamu kerumahnya saya diberitahu hasratnya untuk mula menulis Naskah Salasilah Keturunan Tok Samad.
Setelah sekian lama berlalu akhirnya aku memulakan coretan untuk menghasilkan senaskah Buku Salasilah Keturunan Tok Samad ini sekitar tahun 2013 dengan seorang sepupuku Mohd Agus bin Jusoh..
Dengan izin Allah Insyallah aku akan cuba mencoret naskah ini sebaik mungkin. Namun sebagai hamba Allah yang tidak lekang dari membuat kesilapan aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf andainya terdapat sebarang kesilapan di sepanjang aku menulis buku ini. Pada yang silap diharap diperbetulakan dan pada yang kurang diharap ditambah baik pada buku keluaran seterusnya demi tatapan dan rujukan saudara mara genarasi yang akan datang.
Senarai Anak-Anak dan Cucu-Cicit Tok Samad yang
saya perolehi ini adalah sehingga/setakad penghujung 2015; dan seperti
apa yang ada dalam rekod saya. Kemungkinan besar ada maklumat yang
kurang tepat; ada nama yang tercicir; atau ada penambahan baru dalam
keluarga. Mohon kerjasama saudara-mara untuk sama-sama kita 'update' dan
buat pembetulan sekiranya ada.
salam hormat dari penulis.
salam hormat dari penulis.
Yang Ikhlas
Ismail Bin Rashid(i.r)