Monday, August 31, 2015

MATI ADALAH PASTI...

                                         Aku MilikMu - Herman Tino


Langkah kaki ku..
Makin longlai..
Kehausan di padang gersang..

Betapa nanti..
Aku rebah..
Burung gagak memagut tubuh..

Biar tanpa oleh ku..
Lembah lembah berair..
Bibir akan memecah..
Tangan juga berdarah..

Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana

Mati adalah pasti
Hidup insyaallah

(herman tino - 1985)

PERGI TAK KEMBALI

Rabbani

Pergi Tak Kembali 

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAI..

KEMATIAN

Definasi
 
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :                                                                                         
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."                                             
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
 

TIDAK AKAN TERPUTUS PAHALANYA...

3 AMALAN YANG TIDAK AKAN TERPUTUS PAHALANYA WALAUPUN SUDAH MENINGGAL

3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai maklumat yang tertentu yaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya.
Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.
AMAL JARIYAH
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.
Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf yaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
Hukum melakukannya adalah sunat.
Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم
Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:
”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn Majah).
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Amalan selain sedekah yang merupakan amal jariyyah ialah :
1) Menanam pokok untuk (wakaf) kepada orang ramai, seperti buah yang boleh di petik sesiapa saja.
2) Membina telaga (SUMBER AIR) untuk kegunaan orang ramai mendapat sumber air bersih.
3) Membina (SISTEM IRIGASI) parit atau saliran untuk kegunaan orang ramai bercucuk tanam/sawah..
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerena tidak bukan saja memberikan maslahat kepada masyarakat umumnya. Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
Dan sabda nabi yang berbunyi :
لا تستحيوا من إعطاء القليل فإن الحرمان أقل منه 
Maksudnya : Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya.
ILMU YANG BERMANFAAT.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang berjalan disitu ia mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)
Pepatah juga ada mengatakan:
Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi.

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan maupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :
بلغوا عني ولو ءاية 
Yang kira-kira bermaksud : Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku”
Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar sentiasa mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada yang jahil dan memerlukan kerana kelebihan menuntut ilmu dan mengajarkannya itu amat luas di sisi masyarakat dan juga disisi maha pencipta, Allah Subhanahu Wata’ala.
Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia saja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkah dari Allah yang Maha Esa. Oleh demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wataala :
قال فإن اتبعتنى فلا تسألنى عن شيء حتى أحدث لك منه ذكرا
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu.” ( Al-Kahfi, ayat 70)
Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.
Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Berlainan dengan mereka yang ikhlas memberikan ilmu yang bermanfaat sebagai contoh pensyarah dan guru. Tidak terbatas hanya mengharapkan imbalan gaji yang diterima.Generasi ilmuan seperti ini perlulah mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap ridha dan berkah Allah dalam menjalani kehidupan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa jua yang kita sembunyikan.
Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang dalam mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah mengangkat derajat para ilmuan dikalangan para sahabat dan ulama dan menjanjikan pahala yang besar kepada kita baik semasa kita hidup ataupun telah meninggal dunia.
DOA ANAK YANG SOLEH.
Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:
“Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”.
Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menjelajahi dunia yang penuh cobaan. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI HADITH DI ATAS :
1) Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan amalan-amalan yang terpuji.
2) Galakan terhadap semua umat islam agar menggunakan kesempatan hidupnya dengan melakukan 3 perkara tadi iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kerana pahala daripada melakukan amalan-amalan ini tidak akan putus sekalipun kita sudah tiada.
3) Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitik beratkan dalam mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah yang baik.
4) Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai fadilah yang banyak seperti mana yang disebutkan didalam ayat-ayat al-quran dan hadist-hadist.
5) Ilmu yang berkah adalah bersumber dari keikhlasan, kecekalan hati dalam menimba ilmu pengetahuan disamping menjaga adab dan displin ketika belajar.

SATU TIDUR YANG PANJANG...

ADA YANG PASTI AKAN DATANG DARI SETIAP DIRI KITA...

TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH KEMATIAN..

TARIKH  29 OGOS 2015 HARI SABTU

NAMA PANGGILAN (TIMOH BARAT)

PERNAH BERNIAGA DI PASAR SIMPANG EMPAT GUNONG

SALAH SEORANG DARI WARIS KETURUNAN TOK SAMAD

TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH..

AL-FATIHAH..

SEMOGA ROH NYA DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..

AMINNNN...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Ayat penuh adalah seperti yang berikut:
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.''

Sunday, August 30, 2015

PANTUN BUDI

Lirik Lagu Pantun Budi - Tan Sri SM Salim

Kalau menebang si pohon jati,

Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana ke bangka hulu,
Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.

Bunga padi bunga kiambang,
Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.

LAGU ZAMAN

Jamal Abdillah & S M Salim & Usop)

Lagu Zaman 

( S M Salim)
Bagai sireh pulang dalam gagang, seri cemerlang
Bukanlah sebarang siapa jua boleh menyanyikan
( Jamal )
Hamba pun menumpang sama menyanyikan
Lagu zaman yang berzaman
Lagu lama dengan rasa
Cara kita orang timur
( S M Salim)
Tak mengapa asal suka budaya kita

( Usop )
Maafkalah hamba andai ada terkurang adat nya
Begini suara hasrat hati ingin bersama
( S M Salim)
Hamba mengerti hasrat yang murni
Kayakan lagi adat sendiri

( Jamal )
Hamba pun menumpang sama menyanyikan
Lagu zaman yang berzaman
Lagu lama dengan rasa
Cara kita orang timur
( S M Salim)
Tak mengapa asal suka budaya kita

(usop )
Maafkalah hamba andai ada terkurang adat nya
Begini suara hasrat hati ingin bersama
( S M Salim)
Hamba mengerti hasrat yang murni
Kayakan lagi adat sendiri

JASA BONDA

Warisan

Jasa Bonda 

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )

KEMBARA KITA

RAMLI SARIP & ELLA KEMBARA KITA LYRICS

Ramli:

Guguran daun adalah hamparan
Debunga awan itulah puisi
Dicelah rimbunan malam
Kucari suatu cahaya

Api dilaut adalah pedoman
Gumpalan awan memecah diangkasa
Aku yangmasih disini
Duniaku masin suci

Ella:

Lari bersama angin
Mengejar dari waktu silam
Kembaraku masih jauh
Bilakah ia akan berlabuh

Saturday, August 1, 2015

SAJAK - SALASILAH KU....

SEBUAH SAJAK NUKILAN DIRI

Salasilah ku…
puisi di coret untuk berkata hasrat di hati,
Jika tak dicari akan lenyap waris keturunan,
mencari susur sekadar termampu..
Bernafas kita atas nama keturunan –
Kita bukanlah datang melayang ditiup angin..

Salasilah ku…
Umpama seharum cempaka di pohon tinggi
Penyeri taman tanah sekebun..
haruman pergi berlalu
namun hati terkenang 

Salasilah ku…
jari yang pernah kugenggam bersalam..
Kini begitu jauh kemana..
Tangan yang selalu ingin memeluk..
Kini begitu sukar kuraih..

Salasilah ku…
Ada yang terasing  jauh dimana..
namun ada yang  dekat  tidak terjalin..
semua  pada  akhirnya  kita berkumpul..

Salasilah ku…
tahun silih berganti,
Entah sampai bila akan terpisah..
Musim terus berganti..
Tetapi masih belum bertemu..
Namun akan tetap bersabar..
Hingga tiba saat itu..


Salasilah ku…
Seakan Biduk berlalu kiambang bertaut.
Yang jauh di dekatkan, Yang dekat dieratkan.
Bangga kerana bahagia, megah kerana jalinan.

Salasilah ku…
bertemu terus menghiasi jalinan
Ada kala berkongsi cerita
Senyum tawa mahupun tangis gembira
mengenang waktu yang pernah lalu

Salasilah ku…
Akrab kita akan terjalin
serapat isi dengan kuku
seintim pena dengan buku..
Sesedap kopi ditambah susu.
 
Salasilah ku…
Bukan ikatan biasa namun istimewa
Tak selalu berjumpa terasa dekat
Setiap kali akan terkenang
Mana yang baik rasa nak junjung.

Salasilah ku…
Berkurun lama pergi tak ketahui..
wajah dilihat dalam bayangan,
Hanya bermain dalam ingatan..
moga di mana pun akan selalu mengingati ..

Salasilah ku…
Sememangnya dikau tiada di sisi
Doa di kirim tanda ingatan
Moga semuanya tenang abadi disana
mengadap tuhan yang maha pencipta...




Salasilah ku…

SEJARAH - NAMA SRI GUNONG

KG SRI GUNONG

Gunong merupakan sebuah daerah yang terletak di jajahan BachokKelantan. Keluasan Daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut.
Daerah Gunong bersempadang dengan Daerah Banggu dan Daerah Peringat, di dalam jajahan Kota Bharu, Daerah Mahligai yang merupakan pecahan daripada sebahagian Daerah Gunong disebelah Baratnya. Daerah Bukit Jawa disebelah Jajahan Pasir Puteh di sebelah selatannya, Daerah Melawi dan Daerah Beklam di sebelah barat daya dan Timur Lautnya.
  
Daerah Gunong mempunyai 12 mukim penghulu.

Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 ialah 24,180 orang dengan:
·         bangsa Melayu 24,973 orang
·         bangsa cina seramai 395 orang.

Pada masa dahulu di daerah ini ada sebuah pekan yang dikenali dengan nama Pekan Gunong atau dipanggil juga Kedai Gunong berpusat tepi jalan utama yang bercabang empat dan dikenali sebagai Simpang Empat Gunong. Di sinilah merupakan pusat kegiatan ekonomi penduduk tempatan kerana terdapat banyak kedai-kedai perniagaan dan dan gerai makan dan terdapat juga sebuah pasar yang menjalankan aktiviti menjual ikan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun pasar ini tidak seaktif Pasar Jelawat yang terletak di Pekan Jelawat.

Menurut cerita, Sejarah menunjukkan Daerah Gunong telah wujud sekitar tahun 1800 bersama Lundang, Kampung Laut, Banggol, Lebir, Salor, kadok, Limbat dan Bukit Merah.
ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Mohammad II (1839-1886) yang juga memerintah Kelantan serta jajahan takluknya.

Daerah Gunong yang ketika itu dikenali sebagai "Bukit Pancor" adalah di bawah pemerintahan Long Ahmad bin Long Yusoff yang telah dilantik oleh Sultan Muhammad I (1800-1835) mengantikan ayahndanya Long Yusoff yang mangkat. Beliau yang dikenali sebagai "Raja Bukit Pancor" mempunyai pusat pemerintahan yang sekarang ini terletak dikawasan "Gunong Kuari".

Beliau yang kalah perang dengan Raja Limbat di Kampung Padang MooKan, Dalam Daerah Peringat yang telah menyokong abang iparnya Long Senik Mulut Merah yang kemudian menjadi Sultan Muhammad II telah melarikan diri ke Kemaman , Terengganu.

Mendapat nama dari sebuah bukit yang berbentuk seperti gunong. Ianya di gelar sebagai Gunong (walaupun ianya sebuah bukit) memandangkan diantara kebanyakan bukit-bukit yang berhampiran seperti Bukit Kechik, Bukit Chenda, Bukit Bator - adalah lebih rendah ketinggiannya berbanding dengan Bukit 'Gunong'. Oleh itu untuk membezakan Bukit yang tinggi ini dari bukit-bukit yang lain maka ianya dipanggil Bukit Gunong. Demikianlah namanya diperolehi.


HUBUNGAN SILATURRAHIM SURUHAN TUHAN.

HUBUNGAN SILATURRAHIM SURUHAN TUHAN.

Entri kali ini memberikan tumpuan terhadap hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga yang merangkumi hubungan antara ibu bapa dengan anak, dan hubungan antara adik-beradik. Mutakhir ini berlaku pelbagai keadaan tidak menyenangkan yang melibatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Anak-anak tidak menziarahi ibu bapa walaupun pada musim perayaan; ibu bapa ditempatkan di rumah orang tua tanpa dilawati oleh anak-anak; adik-beradik tidak bertegur; ibu bapa disaman oleh anak ; ayah emak diheret ke mahkamah oleh anak atas sebab harta; anak-anak tidak menziarahi ibu bapa yang sedang terlantar sakit di hospital; dan lagi …… dan lagi …….. ! Sedih dan bimbang! Entah di mana silapnya? Agama kita tak suruh begitu ! Agama kita mahukan kita berbuat baik ! Agama kita suruh kita memelihara dan memupuk hubungan silaturrahim ! 


MAKSUD SILATURRAHIM? 

"Menghubungkan Silaturrahim" atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah memberi maksud hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga. 

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya" 

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam). 

Allah swt ada berfirman dengan maksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara" (Surah Ali-Imran, ayat 103) 


ISLAM ANJUR HUBUNGKAN SILATURRAHIM 

Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini: 

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1) 

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud: 

“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari) 

Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan. 

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud: 

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian" 

Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud: 

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" 
 
Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan: 

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari) 

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita. 


HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM 

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA: 

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud: 

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)” 

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinan silaturrahim juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt. 

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturrahim" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1) 

Rumusannya, usaha menjalinkan silaturrahim memberikan banyak manfaat. Ia sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah swt. 


MENJALIN SILATURRAHIM – BAGAIMANA CARA? 

Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. ANTARANYA sentiasa berhubung dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), bertanyakan khabar , memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah swt. 

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlu dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah swt dan sunnah RasulNya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka boleh dilakukan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, dan berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah. 

Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan (umpamanya Hari Raya Aidil Fitri) untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan. Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia. 





SILATURRAHIM YANG TERPUTUS - JALIN SEMULA ! 

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar kesan keburukannya, bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini. 

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus. 

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan semula hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, berfikir dan bertindaklah secara bijaksana dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim. 

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud: 

"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus" (Hadis riwayat Bukhari) 

Kita perlu berusaha menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Kita ketepikan kebencian dan padamkan api dendam. Kita berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kita juga perlu bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik dan bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat 
Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud: 

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." 

KESIMPULAN 

Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan. 

TAMBAHAN: 

Entri ini hanya sebagai pembuka minda untuk membuat penjelajahan yang lebih mendalam melalui rujukan sumber-sumber ilmu yang lain. IR sangat mengalu-alukan sebarang komen atau saranan atau apa sahaja tentang perkara yang dibicarakan. IR membuat rujukan pelbagai sumber untuk menghasilkan entri. Maaf kerana tidak mencatat sumber-sumber tersebut. Apapun IR merakamkan setinggi penghargaan dan mendoakan Allah swt menganugerahkan kesejahteraan dan rahmatNya ke atas kita semua ini..


SEJARAH KELANTAN - PEMERINTAHAN CIK SITI WAN KEMBANG

PEMERINTAHAN CIK SITI WAN KEMBANG.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H).
Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal.
Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala.
Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak.
Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai MaharajaSiam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam.
Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong. Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Selepas itu dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim .

Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai. Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi. Baginda mangkat di situ.

Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri. Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa. Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu. Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah. 

 

PEMERINTAHAN RAJA JEMBAL | SIAPA RAJA JEMBAL



KETURUNAN RAJA JEMBAL | Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang.

Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal  di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat.

YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal .

Mengikut satu sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan(tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah). Semasa berada di Jembal , baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan.
Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor,Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, danPuteri Cempaka Bongsu.
Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan  Jembal, iaitu mulaï 1638.Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.
Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang(1610 - 1667).
Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709).
Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) danRaja Kuning (1635 - 1688).
Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk).
Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah  Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani.


Kerajaan  Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera b (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.