Saturday, August 1, 2015

SEJARAH KELANTAN - PEMERINTAHAN CIK SITI WAN KEMBANG

PEMERINTAHAN CIK SITI WAN KEMBANG.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H).
Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal.
Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala.
Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak.
Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai MaharajaSiam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam.
Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong. Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Selepas itu dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim .

Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai. Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi. Baginda mangkat di situ.

Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri. Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa. Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu. Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah. 

 

PEMERINTAHAN RAJA JEMBAL | SIAPA RAJA JEMBAL



KETURUNAN RAJA JEMBAL | Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang.

Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal  di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat.

YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal .

Mengikut satu sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan(tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah). Semasa berada di Jembal , baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan.
Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor,Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, danPuteri Cempaka Bongsu.
Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan  Jembal, iaitu mulaï 1638.Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.
Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang(1610 - 1667).
Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709).
Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) danRaja Kuning (1635 - 1688).
Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk).
Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah  Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani.


Kerajaan  Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera b (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.

No comments:

Post a Comment