Friday, July 31, 2015

SELAMAT DATANG KE LAMAN SALASILAH KETURUNAN TOK SAMAD

BISMILLAH-HIRRAHMAN-NIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



ASSALAMUALAIKUM W.T

MUKADDIMAH

SELAMAT  DATANG

Ke Halaman Blog Salasilah Keturunan Tok Samad
(Samad Bin Sulong).



Khas untuk  ANAK-CUCU-CICIT-WARIS  TOK SAMAD  
di seluruh Malaysia yang mencari susur galur keturunan akan kebenaran dalam sejarah asal-usul  silam yang hilang. Semoga halaman blog ini dapat memberi manafaat kepada semua waris.

Mencari@menyusun keturunan itu harus dibuat supaya tidak putus persaudaraan.

Salasilah keturunan keluarga itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun.
Melalui penyusunan salasilah keluarga ini, cucu-cicit Allahyarham Samad Bin Sulong akan dapat berkenalan antara satu sama lain untuk mengukuhkan perhubungan sesama mereka agar satu ikatan persaudaraan kekal terjalin.

Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim di antara kaum kerabat;
dan merapat serta mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya,
serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat."
(Surah An-Nisaa:1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:
"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan,
akan aku putuskan hubunganKu dengan dia.
Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun
akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."




Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah.
Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja
maupun bangsawan sahaja.

Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri.
Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak.
Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Jangan dipersalahkan orang lain [hidup atau mati] diatas
kekeliruaan yang telah berlaku,
kita sebagai ahli waris yang masih bernafas dan bernyawa ini [yang mempunyai akal dan NUR islam pemberian dari ALLAH,
berfikirlah dengan waras], harus memperbetulkan  tanggapan yang salah  dan jangan sekali-kali hanya bersangka-sangka semata-mata kerana kita akan dipersoalkan didepan ALLAH ,
dipadang mashar pada hari pembalasan nanti. Adakah tuan-puan telah ada jawapan untuk itu???????

Mohon maaf sekiranya ada kesilapan
pada maklumat yang di terbitkan. Laman ini mengalu-alukan sebarang cadangan yang membina serta memerlukan lebih banyak
maklumat terbaru keluarga,
bagi mengerat ikatan silaturrahim di antara kita.

YA ALLAH ya tuhan kami,
kami berlindung pada Engkau dari hembus bisik syaitan dan kami berlindung kepada Engkau dari kehadiran syaitan.

YA TUHAN KAMI, BERILAH  KAMI DARI SISIMU RAHMAT DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK
DARI URUSAN-URUSAN KAMI.



Ya Tuhan kami, berikanlah kesabaran atas diri kami
dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami
terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami sesat
setelah Engkau berikan kami petunjuk
dan berilah kami rahmat pada sisimu,
sesungguhnya Engkau zat yang Maha Pemberi Kurnia.


“SALAM PEMBUKA KATA PENULIS”


Sekian,

Wasalam…


Yang Ikhlas
 
Ismail Bin Rashid(i.r) 




No comments:

Post a Comment