Dari Abu Bakrah Nufai’ bin Al Harits, berkata Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, “Sesungguhnya zaman telah berputar seperti masa Allah menciptakan langit dan bumi, tahun mempunyai 12 bulan, 4 diantaranya adalah bulan haram (yang bulan haram tersebut) tiga diantaranya berurutan, yaitu Dzulqa’idah, Dzulhijjah, dan Al Muharram, dan (1 satu lagi) bulan Rejab berada diantara bulan Jumadil Awwal dan Sya’ban.” (Al Muttaffaqun ‘alaihi Al Bukhori 4662, Muslim 1679).
1. Muharram 30 HARI (محرم الحرام)
Ini adalah bulan pertama dalam kalender Islam, dan Muharram termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan Muharram kerana orang Arab mengharamkan berperang di bulan ini.
2. Shofar/Shafar 29 HARI (ﺻﻔﺮ)
Dinamakan dengan Shafar kerana perkampungan Arab Shifr (kosong) dari penduduk, kerana mereka keluar untuk perang. Ada yang mengatakan bahawa dinamakan dengan Shafar kerana dulunya bangsa Arab memerangi berbagai kabilah sehingga kabilah yang mereka perangi menjadi Shifr (kosong) dari harta benda.
3. Rabi’ul Awwal 30 HARI (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Dinamakan demikian kerana saat penamaan bulan ini bertepatan dengan musim menanam.
4. Rabi’ul Akhir 29 HARI (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ / ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Dinamakan demikian kerana bangsa Arab saat itu menggembalakan haiwan ternakan mereka pada tanaman rumput. Dan ada yang mengatakan bahawa dinamakan demikian kerana bulan ini bertepatan dengan musim menanam.
5. Jumadil Awwal 30 HARI (جمادى الأولى)
Sebelum masa Islam dinamakan jumadil Awwal. Dinamakan Jumada kerana saat penamaan bulan ini jatuh pada musim dingin, dimana air jumud (membeku)
6. Jumadil Akhir 29 HARI (جمادى الآخرة / ﺟﻤاﺪى ﺍﻟﺜﺎﻧﻲة)
Sebelum masa Islam dinamakan jumadil Akhir. Dinamakan demikian kerana saat penamaan bulan ini jatuh pada berakhirnya musim dingin.
7. Rejab 30 HARI (ﺭﺟﺐ)
Rejab termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan bulan Rojab kerana bangsa Arab melepaskan tombak dari besi tajamnya untuk menahan diri dari peperangan. Dikatakan: Rejab adalah menahan diri dari peperangan.
8. Sya’ban 29 HARI (ﺷﻌﺒاﻦ)
Dinamakan demikian kerana musim panas dan bangsa Arab saat itu berkerja ke berbagai tempat untuk mencari air.
9. Ramadhan 30 HARI (ﺭﻣﻀاﻦ)
Ini adalah bulan puasa bagi umat Islam. Dinamakan demikian kerana panas ramadhan mencapai puncaknya dan saat penamaan jatuh pada musim panas.Dimana bulan ini disebut panas yang parah.
10. Syawwal 29 HARI (ﺷﻮﺍﻝ)
Di bulan inilah sambutan saat Idul Fitri. Dinamakan demikian kerana saat itu unta betina kekurangan air susu.
11. Dzulqai’dah 30 HARI (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Bulan ini termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan demikian kerana bangsa Arab duduk dan tidak berangkat untuk perang, kerana bulan ini termasuk bulan haram yang tidak boleh perang.
12. Dzulhijjah 29/30 HARI (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Di dalamnya terdapat musim haji dan Idul Adha. Bulan ini termasuk dalam bulan-bulan suci. Dinamakan demikian kerana bangsa Arab melaksanakan ibadah haji di bulan ini.
No comments:
Post a Comment