Sunday, June 26, 2016

pasang paip D.I

SPESIFIKASI BAGI KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG, MENYENGGARA DAN MENAIKTARAF (DALAM TEMPOH JAMINAN) SISTEM BEKALAN AIR BANGUNAN DI PUSAT PEMBANGUNAN FIBER DAN BIOKOMPOSIT (FIDEC) BAGI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB) (MTIB/SH/020/2012)

BIL PERKARA

1. Kerja-kerja awalan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan serta pengangkutan alatan termasuk penyewaan mesin. 2. Menyediakan permohonan dan mendapatkan kelulusan pihak SYABAS. 3. Membekal dan memasang paip stainless steel 50mm untuk stand meter termasuk membina tempat meter mengikut spesifikasi SYABAS. 4. Kerja-kerja memotong jalan untuk laluan paip. 5. Membekal dan memasang paip ABS 50mm dari meter ke tangki dan sambung terus ke bengkel. 6. Membekal dan memasang tangki jenis Poly 300 gelen serta semua alat kelengkapan. 7. Kerja-kerja menimbus semula kawasan yang dikorek termasuk kerja menurap tar kawasan yang berkenaan. 8. Membekal dan memasang valve 50mm, chamber dan kerja penyambungan paip.


Kerja-kerja awalan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan serta pengangkutan alatan termasuk penyewaan mesin. 2. Menyediakan permohonan dan mendapatkan kelulusan pihak SYABAS. 3. Membekal dan memasang paip stainless steel 50mm untuk stand meter termasuk membina tempat meter mengikut spesifikasi SYABAS. 4. Kerja-kerja memotong jalan untuk laluan paip. 5. Membekal dan memasang paip ABS 50mm dari meter ke tangki dan sambung terus ke bengkel. 6. Membekal dan memasang tangki jenis Poly 300 gelen serta semua alat kelengkapan. 7. Kerja-kerja menimbus semula kawasan yang dikorek termasuk kerja menurap tar kawasan yang berkenaan. 8. Membekal dan memasang valve 50mm, chamber dan kerja penyambungan paip.


GARISPANDUAN - BAHAN YANG DIGUNAKAN (MATERIALS TO BE USED) 1.1. Semua bahan yang digunakan seperti paip air, injap dan pepasangan yang dicadangkan mestilah mendapat kelulusan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Salinan sijil kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang sah bagi setiap bahan yang dicadangkan perlu dikemukakan untuk diperiksa oleh pegawai SYABAS bagi tujuan pengesahan. 1.2. Semua pepasangan hendaklah mampu menahan tekanan nominal sebanyak 16 Bar (PN 16). 1.3. Pengalihan paip yang melibatkan saiz 700mm garispusat atau lebih (Ø 700mm) mestilah menggunakan paip dari jenis keluli lembut (Mild Steel Cement Lining, MSCL), manakala paip bersaiz kurang daripada 700mm garispusat (Ø <700mm) boleh menggunakan paip dari jenis Ductile Iron atau paip keluli lembut (MSCL) Flange Ended atau paip High Density Polyethylene (HDPE). 1.4. Semua saluran paip yang dibekalkan perlu ditutup pada kedua-dua pipe ends dengan bahan plastik atau seumpamanya untuk menghindarkan saluran paip tersebut dimasuki kekotoran dari luaran semasa penghantaran dan simpanan di tapak termasuk semasa pemasangan sebelum sambungan dibuat.


Jaminan Bank perlu dikemukakan oleh pihak Pemilik Projek/ Jurutera Perunding/ Kontraktor untuk tempoh 12 bulan mengikut jumlah tertentu sebagai syarat untuk mendapat kelulusan penyambungan paip daripada SYABAS. Jumlah Jaminan Bank ditentukan daripada salah satu yang berikut :- i. 5 % daripada keseluruhan kos pengalihan paip ditambah 25 % daripada jumlah tersebut. ii. Jumlah Minima RM 3,000.00 iii. Surat Jaminan (Letter of Undertaking) sekiranya pemilik projek tersebut adalah agensi kerajaan.

 GARISPANDUAN - PENYAMBUNGAN KEPADA PAIP AIR SEDIADA (CONNECTION TO EXISTING PIPES) 9.1. Permohonan untuk melakukan penyambungan kepada paip sediada samada melibatkan gangguan bekalan air atau tidak hendaklah dikemukakan kepada SYABAS selewat-lewatnya 42 hari sebelum tarikh penyambungan/ gangguan dicadangkan. 9.2. Kaedah penyambungan kepada paip sediada secara ‘tanpa gangguan’ seperti kaedah ’Hot Tapping & Line Stopping’ perlu dilakukan untuk penyambungan paip bersaiz 450mm garispusat atau lebih. Kaedah penyambungan paip secara ’Hot Tapping & Line Stopping’ ini juga perlu dilakukan sekiranya :- i. Tiada bekalan air alternatif untuk kawasan gangguan yang terlibat, ii. Tempoh gangguan bekalan air melebihi 12 jam yang merangkumi tempoh masa kerja-kerja penyambungan paip air yang telah dialihkan serta tempoh masa pemulihan bekalan air ke kawasan gangguan. Syarat-syarat di atas merupakan syarat minima dalam kaedah Hot Tapping dan Line Stopping. Walau bagaimanapun, kaedah Hot Tapping dan Line Stopping ini adalah digalakkan untuk semua paip memandangkan ianya tidak melibatkan sebarang penutupan bekalan air dan tidak menjejaskan bekalan air kepada pengguna. 9.3. Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pihak SYABAS dalam permohonan penyambungan kepada paip sediada :- i. Dokumen asal keputusan ujian-ujian tekanan, kebocoran, ujian angin ( air test ) dan ujianujian berkaitan dan disahkan oleh Jurutera Perunding Bertauliah. ii. Dokumen asal ujian pembasmian kuman (sterilization) yang disahkan oleh Jurutera Perunding Bertauliah. 9.4. Pihak Jurutera Perunding/ Kontraktor juga dikehendaki untuk mendapatkan ‘Permit to Work’ daripada SYABAS sebelum melaksanakan sebarang kerja penyambungan kepada paip lama di tapak bagi memenuhi prosidur berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.


GARISPANDUAN – PENYERAHAN KEPADA SYABAS (HANDING OVER TO SYABAS) 10.1.Sebelum jajaran paip baru diserahkan kepada pihak SYABAS, pihak Jurutera Perunding dikehendaki mengemukakan perkara-perkara berikut :- i. Salinan dokumen-dokumen kelulusan berkaitan pemberimilikan/ pengambilalihan tanah (sekiranya berkaitan) ii. ‘As Built Drawing’ yang telah ditandatangani oleh Jurukur Berlesen. Perincian lukisan adalah seperti berikut :- a. Semua sambungan (Tee off), pepasangan, injap, kebuk dan lain-lain yang dipasang di sepanjang saluran paip yang baru tersebut. b. Semua paras ‘bearing’, ‘coordinates’ dan ‘chainage’ mestilah ditunjukkan. c. Setiap paip yang dipasang mestilah ditunjukkan pada keratan rentas (Longitudinal Profile) yang berasingan. d. Tiga (3) set lukisan bersaiz A1 dan tiga (3) set lukisan bersaiz A3 serta satu (1) soft copy format Autocad perlu disediakan dan dikemukakan kepada SYABAS. 11. SYARAT-SYARAT LAIN 11.1.Sekiranya terdapat cadangan teknikal yang tidak termaktub di dalam garispanduan ini, ianya hanya boleh dipertimbangkan dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi dengan berpandukan kepada sokongan oleh Pengarah Eksekutif Operasi.


GARISPANDUAN – UJIAN TEKANAN DAN KEBOCORAN (PRESSURE & LEAKAGE TEST) 6.1. Saluran paip air besi keluli (MSCL) hendaklah diuji pada tekanan 18 Bar selama 10 minit dan ujian kebocoran pada 12 Bar selama 24 jam. Semua ujian tekanan dan kebocoran hendaklah disaksikan oleh pegawai SYABAS. 6.2. ‘Leakage Allowable’ bagi ujian kebocoran adalah seperti berikut :- 0.34 liter x Diameter Dalam paip (mm) x Panjang (m) x Masa Ujian (jam) x Tekanan Ujian (bar) 10 x 1000 x 24 hrs x 1 bar 6.3 Semua ujian angin ( air test ) pada 18 Bar pada setiap sambungan kimpalan perlu dilaksanakan dengan disaksi serta disahkan oleh Jurutera Perunding Bertauliah. 7. GARIS PANDUAN - CAJ-CAJ YANG BERKAITAN (RELEVANT CHARGES) 7.1. Caj-caj untuk permohonan penyambungan yang akan dikenakan adalah seperti berikut :- i. Caj Kehilangan Air (Dewatering Charge) - Jumlah isipadu air dalam paip yang mana bekalan air telah ditutup. ii. Caj Penyeliaan ( Caj bagi penyeliaan sambungan Tee adalah RM5.00 bagi setiap 1mm garispusat paip. Bagi pengalihan paip, sambungan dikira sebagai 2 sambungan Tee.) [Rujukan : Perkara 8 - Schedule of Charges as in 5th Schedule of Kaedah-Kaedah Bekalan Air (Selangor)] 7.2 Segala kos yang terlibat bagi menyediakan hebahan media cetak atau media massa berkenaan notis gangguan bekalan air kepada pengguna termasuk kos-kos lain yang berkaitan (jika ada) akan ditanggung sepenuhnya oleh pemohon. MANUAL RE





No comments:

Post a Comment