Friday, March 4, 2016

WATER POND













































kolam ikan taman depan rumah lSReogLW










DERUAN air yang dihasilkan daripada pancuran tidak pernah gagal menghiburkan pemilik kediaman yang selalunya diletakkan di dalam atau luar rumah.
Selain membangkitkan rasa damai dan segar, pancuran air turut melengkapkan lagi seni taman dan menghidupkan suasana terutama kediaman di bandar yang sentiasa sibuk dan bingit. Maka, tidak hairanlah ramai yang menginginkan air terjun buatan ini hadir di laman mereka.
Pancuran air dengan kolam kecil menarik untuk laman depan rumah.
Pancuran air dengan kolam kecil menarik untuk laman depan rumah.
Bagi pemilik kediaman yang mempunyai ruang laman terhad, tidak menjadi masalah jika berhasrat meletakkan air terjun buatan kerana kini ada banyak pancuran air pasang siap.
Jika perlukan sentuhan profesional, banyak syarikat atau kontraktor yang menyediakan perkhidmatan dan jualan untuk produk berkenaan.
Seorang pengurus syarikat berkaitan berkata, bagi mereka yang berminat dengan air terjun kecil disarankan menggunakan konsep bali kerana ia sering menampilkan tata hias laman yang mempunyai unsur air.
Katanya lagi, kebiasaannya pancuran air Bali diletakkan di laman depan atau di dalam rumah, atau mana-mana sudut sesuai kerana ia mampu berdiri sebagai hiasan utama tanpa ditemani tanaman hiasan lain.
“Jika ingin meletakkannya di taman, adalah lebih baik letakkan di tembok atau sisi taman yang kosong supaya ia dapat menjadi titik tumpu laman. Kebiasaannya pancuran air dilengkapi dengan kolam kecil di depannya dan jika mahu kelihatan menarik boleh menambahkan ikan hias atau tanaman air di sekelilingnya.
“Sebaiknya tanaman air ditanam di dalam pasu atau tepian kolam bukannya di dasar kolam. Ini penting supaya air kolam tidak keruh. Taburkan juga batu kerikil kecil bagi menutup pasu selain dapat mencegah tanah larut dalam air,” katanya.
Biasanya pancuran menggunakan saluran air yang diletakkan di kolam atau disembunyikan di sebalik dinding. Untuk menampakkan jatuhan air yang indah, kini digunakan kaca sebagai saluran yang memberikan kesan lebih nyata dan hidup.
Pancuran air tiga penjuru pasti memikat mata memandang.
Pancuran air tiga penjuru pasti memikat mata memandang.
Beberapa jenis batu dipakai melengkapkan lagi hiasan pancuran air Bali. Antaranya batu kerikil, batu sungai, pasir dan batu tiruan/ fiber.
Bagi memastikan batu-batu berkenaan tidak mudah berlumut, sebaiknya diberi pelapis khusus di atas batu berkenaan atau gunakan saja air terjun tiruan atau diperbuat daripada fiber.
Jika anda mahu air di dalam kolam tidak menjadi keruh dan busuk, anda dinasihatkan menggunakan penapis yang diletakkan di dasar kolam atau penapis dari batu zeolit .
Adalah dinasihatkan pancuran air Bali dicuci terlebih dulu supaya digunakan bagi membuang kotoran dan debu padanya.
Bagi memberikan kesan lebih menarik, pasangkan lampu di dalam kolam dan letakkan tumbuhan air seperti teratai, melati air dan keladi bunting. Di luar pancuran diletakkan pemijak kaki dengan pelbagai motif ala Bali bentuk daun atau bunga.
Dekorasi bermotif bunga pecah lima yang menjadi elemen penting seni hias bali pula jangan lupa diletakkan di dinding dan jika mahu nampak lebih menarik gunakan dinding daripada batu berlapis.
Gabungan kayu, batu atau fiber akan menampakkan konsep Bali lebih menyerlah maka jangan takut gunakan kemasan kayu atau logam di pancuran air anda.
Tip: Menyelenggara kolam
# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.
# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.
# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.
# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.
# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.
# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.





MEMILIKI kediaman dengan laman yang sempit atau terhad sebenarnya tidak membataskan kerja menghias. Jika ada kreativiti, ruang yang sempit dapat dihiasi sesuai konsep dikehendaki pemilik kediaman.
Meletakkan landskap kejur di ruang terhad juga perlu diberikan perhatian. Antara landskap kejur yang biasa digunakan adalah pancuran air dan kolam mini buatan.
Jika mahu menampilkan kelainan, cuba letakkan anak sungai buatan di laman yang dibina menggunakan konkrit. Bagi memudahkan kerja membina anak sungai buatan, lantik saja kontraktor landskap.
Namun, jika mahu mencuba sendiri membina anak sungai buatan, gunakan kreativiti supaya apa yang dihasilkan nampak semula jadi dan hidup.
Penentuan lokasi perlu sesuai dan mengambil kira arah aliran air, cahaya matahari dan kesesuaian tanah. Punca air juga perlu di ambil kira.
Sebelum membina aliran air berkenaan, tentukan dulu kawasan dan lokasinya. Selepas itu, lakarkan bentuk landskap yang bakal dibina sebagai panduan.
Kemudian, kerja membina anak sungai boleh diteruskan dengan membersihkan dulu kawasan laman termasuk membuang batu, akar kayu dan benda asing dalam tanah. Selepas itu korek tanah seperti bentuk parit sebelum kerja menyimen dilakukan bagi membina aliran anak sungai. Seeloknya bina satu kolam yang sedikit dalam untuk meletakkan pam air.
Pilih tumbuhan yang sesuai dengan tema air.
Pilih tumbuhan yang sesuai dengan tema air.
Selepas kerja membina anak sungai konkrit siap, tiba masa meletakkan landskap lembut untuk menghidupkan suasana. Selain batu granit, sungai dan kerikil diletakkan di kiri kanan aliran air, tanam pokok yang tahan dengan kawasan lembap seperti iris, pandan, spesies caladium dan calathea.
Beberapa spesies paku pakis yang juga boleh ditanam berhampiran aliran air yang sesuai untuk mencantikkan lagi anak sungai buatan berkenaan.
Objek hiasan seperti terendak lampu ala Bali ini menyempurnakan taman.
Objek hiasan seperti terendak lampu ala Bali ini menyempurnakan taman.
Tumbuhan juga sesuai ditanam dalam kolam seperti Cyperus papyrus , cat tail atau ekor kucing dan keladi bunting bagi menyerlahkan lagi anak sungai berkenaan.
Apa yang penting, pastikan aliran dan pam air yang digunakan berfungsi dengan baik. Pastikan air sentiasa mengalir menyerupai sungai sebenarnya.
Bagi menutup kecacatan aliran air, letakkan batu sungai dan kerikil manakala batu granit disusun selerak dan bertingkat bagi menampakkan suasana seakan benar-benar dan semula jadi.
Di dalam kolam diletakkan pasir yang antara lain dapat berfungsi menjadi penuras air supaya air sentiasa jernih. Bagi mencantikkan lagi kolam, letakkan anak ikan seperti ikan emas dan koi.
FAKTA: Batu untuk anak sungai buatan
# Selain membeli batu sungai dan kerikil daripada kedai landskap, anda boleh mengutip batu di sungai atau tepi jalan. Sebelum dijadikan hiasan replika anak sungai, basuh dulu batu dengan air biasa atau sabun. Tidak perlu gosok batu terlalu kuat cukup sekadar mengelap saja.
# Bahagikan batu kepada tiga kelompok batu utama iaitu igneus, batu mendapan dan metamorfosis. Batu Igneus
tidak mempunyai banyak lapisan atau tidak bertekstur dan biasanya berwarna putih, hitam dan kelabu. Batu mendapan pula berlapis kasar dan berwarna coklat keperangan manakala metamorfosis berwarna lebih cerah dan lapisan nipis.
# Kaedah Simenferro, sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli boleh digunakan bagi membentuk replika anak sungai.
# Simenferro – Mudah dibentuk, tahan jika terdedah kepada hujan dan panas, kukuh dan mudah dibaiki, tidak memerlukan teknologi tinggi dan kos penyelenggaraan rendah
# Simenferro banyak digunakan untuk pembinaan perumahan/pembangunan seperti dinding dan atap, kolam ikan dan pintu kawalan air. Dalam landskap ia banyak digunakan bagi pembinaan hiasan seperti cendawan, batu tiruan dan kerusi meja.

















































PROJEK SIMENFERO







CARA BUAT PROJEK SIMEN FERRO

Nak buat projek simen ferro? Projek-projek yang mudah, taklah susah sangat nak buat. Projek 'simple' seperti bangku dan meja senang sikit nak buat. Lainlah kalau nak buat projek air terjun, memanglah susah sikit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Masa yang diambil untuk membuat satu set meja dan lima bangku simen ferro termasuk membuat kemasannya sekali lebih kurang seminggu sahaja (bagi seseorang yang rajin dan nak bermain dengan simen).

Kalau nak cuba, tenunglah foto-foto ini. Insayallah boleh buat punya... Mula-mula buat yang mudah-mudah sahaja. Kalau dah boleh buat dan kemahiran pun dah meningkat, buatlah projek-projek yang lebih susah seperti kolam, jambatan, air terjun, bangku bersandar dan pondok. Barulah taman di sekeliling rumah nampak anggun  dengan kos pembinaannya yang rendah. Bertambah bangga apabila ia dibuat sendiri.

OKlah. Inilah cara  nak buat bangku simen ferro yang paling asas.
  1. Membuat lakaran projek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya apabila projek siap kelak, ia menyamai lakaran yang dibuat.
  2. Menggunakan bahan yang sesuai seperti simen, keluli, pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai.
  3. Menggunakan alat yang sesuai seperti perata simen, sudip, sekup, penapis, gunting besi, dan peralatan lain yang berkaitan.
  4. Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya iaitu mengikut lakaran. Elakkan pembaziran bahan. Kalau berniaga, rugilah nanti.
  5. Untuk menambah kekuatan struktur, gunakan juga besi 'link' yang diikat bersama BRC. 
  6. Membentuk kerangka mengikut lakaran.
  7. Mengikat kerangka dengan kemas. Ikat kerangka dengan dawai halus / lain-lain yang sesuai.
  8. Kalau nak, balut kerangka tadi dengan dawai mata punai agar mortar mudah melekat ke kerangka semasa melepa.
  9. Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang betul: 2 bahagian pasir halus, 1 bahagian simen dan ½ bahagian air.
  10. Membancuh mortar dengan sekata.
  11. Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka.
  12. Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan ketebalannya sekata.
  13. Biarkan keras.
  14. Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Biarkan mengeras 2 hingga 3 jam.
  15. Buat lorekan seperti kulit kayu. Lorekan ini dibuat sebelum mortar betul-betul keras. Kalau mortar dah keras, tak bolehlah nak dilorek. Ingat tu...
  16. Lorek dengan apa? Alaaa... gunakan paku boleh, gunakan pemutar sekru boleh, gunakan test pen boleh, gunakan hujung sudip simen pun boleh... gunakanlah benda-benda yang tajam di hujungnya...
  17. Buat lorekan dengan betul dan kreatif agar nampak lawa dan cantik...buatlah lorekan seperti kulit kayu...
  18. Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering.
  19. Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen menggerutu dan habuk dengan menggunakan berus keluli.
  20. Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam termasuk di celah-celah lorekan. Bahagian yang berupa potongan kayu tak payah dicat hitam, kan nanti nak disapu dengan cat warna kuning atau coklat muda...
  21. Apabila lapisan pertama cat dah kering, bolehlah cat lapisan kedua dengan warna-warna yang menyerupai warna kulit kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain warna yang sesuai.
  22. Biarkan kering.
  23. Kilatkan projek menggunakan pengilat. Barulah nampak cantik dan menarik... jom buat...


Memotong bahan kerangka.

Membentuk dan mengikat kerangka.

Bentuk kerangka projek yang dah siap...

Melepa mortar ke kerangka lapisan pertama.

Masing-masing khusuk dengan kerja melepa mortar pada kerangka.

Lapisan pertama dah siap...

Projek diterbalikkan. Lepaan lapisaan kedua pulak...

Mengemaskan lepaan mortar di tepi projek.

Sebelum lepaan mortar keras, buat lorek seperti batang kayu.

Nak senang, gunakan paku untuk melorek...

Haaaa... dah siap melorek...

Beberapa projek yang dah siap di lorek... biarkan kering sepenuhnya...

Keseluruhan tepi projek dicat hitam. Guna cat kilat...

Dah siap mengecat lapisan pertama... cat hitam...

Mengemaskan tepi projek dengan cat terpilih mengikut warna batang kayu.

Tu dia... dah siap... amacam.. boleh buat kan...

Projek dah siap... Wowww macam batang kayu asli...











KOLAM HIASAN

















Berhajat ak bina kolam hiasan yang diimpikan? Justeru bagaimana kita boleh membina sebuah taman kolam hiasan yang menarik dan sentiasa terjaga?

Mewujudkan sebuah kolam hiasan walaupun kecil, sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ciri-ciri air ini selain menyumbang kepada suasana alam semula jadi, ia juga membuatkan suasana kediaman lebih sejuk. Sebuah taman air bersaiz kecil boleh ditambah dengan tumbuhan akuatik dan ikan hiasan agar kelihatan harmoni.

Jika kita ingin membina sendiri sebuah kolam hiasan yang menjimatkan kos, binalah sesuatu bermula dengan saiz kecil dahulu. Walaupun kecil, mungkin ia bakal menjadi projek yang sangat menyeronokkan.Agar kolam hiasan ini sentiasa berfungsi dan terjaga rapi, haruslah kita membuat penyenggaraan secara berkala.

Berikut adalah panduan untuk membina kolam hiasan yang boleh dibuat sendiri:

1.   Tentukan ciri-ciri asas kolam
  •  Tentukan dahulu bagaimana rupa kolam yang dikehendaki sama ada ianya above ground pond atau inground pond. 
  • Adakah kita mahu ia kelihatan separas tanah atau ia kelihatan di atas permukaan tanah. 
  • Berapakah saiz dan kedalaman kolam. 
  • Apakah fungsi kolam itu? 
  •  Kebiasaannya sebuah kolam hiasan adalah lebih kepada hiasan landskap semata-mata. 
  • Ia dihiasi dengan tumbuhan akuatik, batu sungai, dan juga ikan hiasan. 
  • Kebanyakan kolam memberikan hasil terbaik di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari, kerana persekitaran kondusif membolehkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membesar. 
  • Pertimbangkan juga kawasan yang bersesuaian yang miungkin kita nikmati pemandangan kolam tersebut dari dalam kediaman. 
  • Elakkan memilih tempat yang berhampiran dengan pokok-pokok, kerana mungkin boleh merosakkan system akarnya. 
  • Mulakan dengan penanaman tumbuhan akuatik dan lihat sejauh mana kejayaannya. Kemudian barulah diletakkan ikan-ikan hiasan.


2.  Pam air
  •  Pam air digunakan untuk mengalirkan air, memancutkan air dan juga untuk memberi buih-buih pengudaraan untuk ikan. 
  • Kapasiti pam air hendaklah bersesuaian dengan saiz kolam.

3.  Menanam tumbuhan akuatik
  •  Tanam hanya beberapa spesies tumbuhan akuatik untuk memelihara keadaan kolam. 
  • Bentuk daun berbeza boleh menghasilkan komposisi menarik visual kolam. 
  • Tumbuhan akuatik ini boleh ditanam di dalam pasu sebelum dimasukkan didalam kolam hiasan ataupun dibiarkan terapung. 
  • Pasu ini boleh diatur dengan ketinggian yang berbeza menggunakan bata yang dialas di bawahnya. 
  • Tumbuhan akuatik yang terapung boleh dimasukkan kemudian setelah air diisi ke dalam kolam.

4.  Keperluan filter untuk kolam
  •  Filter (penapis) pam air dan pam air dapat mengekalkan kelangsungan kondisi kolam yang cemerlang. 
  • Pam dan penapis perlu untuk menghasilkan air yang bersih dan sentiasa bergerak supaya tumbuh-tumbuhan atau ikan dapat hidup dengan baik. 
  • Hidupkan pam dan biarkan ia menjana proses kitaran air selama 24 jam sebelum memasukkan tumbuhan akuatik atau ikan hiasan.





5.  Penjagaan dan penyenggaraan air kolam hiasan
  •  Mengekalkan rutin penjagaan kolam secara konsisten lebih susah berbanding membinanya. 
  • Kolam akan mula hilang daya menariknya apabila kita mengabaikan penjagaannya. 
  • Pantau kualiti air setiap bulan. 
  • Jenis bahan yang telah masuk ke dalam kolam akan member kesan yang besar kepada kekerapan kita mencuci kolam. 
  • Terlalu banyak tumbuhan yang rosak atau sisa perkumuhan ikan di dasar kolam, akan mengganggu habitat ikan peliharaan dan kualiti air. 
  • Kualiti air akan menentukan tahap kesihatan ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik di dalamnya. 
  • Memastikan tahap pH air yang bersesuaian untuk menentukan keasidan air sesuatu kolam. 
  • Cuba pastikan nilai bacaan nilai pH air di antara 6.8 hingga 9.0 iaitu nilai yang sesuai untuk ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik. 
  • Hadkan jumlah makanan yang diberikan kepada ikan kerana makanan ikan yang berlebihan di dalam air mempengaruhi kehadiran jumlah nitrat. 
  • Nitrat sangat bertoksik kepada ikan dan ia boleh dikawal dengan menukar air serta mencuci sistem filter. 
  • Penyenggaraan kolam secara berkala perlu dilakukan supaya kolam sentiasa jernih dan ikan dapat hidup selesa dalam habitatnya. 
  • Penyakit yang boleh merosakkan tumbuhan dan ikan akan tersebar melalui air yang mana tidak dapat dilihat oleh mata kasar serta tidak akan menunjukkan kesan secara mendadak. Ia akan mengurangkan imuniti ikan dan tumbuhan secara perlahan lalu menyebabkannya lemah dan mati.












simenfero draf

Modul 11 Pelaksanaan Landskap Kejur

  1. 1. TEKNOLOGISIMENFERO LANDSKAP & NURSERI MPBP
  2. 2. PENGENALANRekabentuk dalam Senitaman bolehdikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:a. Softscapeb. HardscapeSoftscape merupakan penggunaan bahan-bahan hidup seperti pokok-pokok hiasan,pokok bunga-bungaan dan rumput turfHardscape merupakan struktur binaan yangdigunakan sebagai tambahan atau kombinasikepada softscape bagi memberi kesan yanglebih menarik dan menawan.
  3. 3. DEFINISI SIMENFEROmerupakan sejenis struktur binaan yangterdiri drpd MOTAR (campuran pasir,simen dan air) yang dilepa nipis padajejaring dawai keluli.Maksud simenfero adalah kombinasibahan ferus (besi) dan simen
  4. 4. SEJARAH Simenfero dipelopori oleh Joseph Louis Lambot, seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848. Beliau membina beberapa struktur sampan dayung, pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil “Ferciment”. Sebahagian drpd binaan beliau (sampan – 3.66m x 1.22m) masih terdapat di Muzium Brignotes, Perancis. Teknologi ini dikembangkan kemudian oleh Profesor Nervi (1940) sehinggalah ke negara- negara Russia, India, Tibet, Afrika, Australia, New Zealand dan Asia.
  5. 5. Di MalaysiaFIN Malaysia (Ferrocement InformationNetwork) yang berpusat di UPM adalahinstitusi yang bertanggungjawabmemperkenal dan memperkembangkanteknologi ini sejak dari tahun 1979.
  6. 6. SIFAT-SIFAT MEKANIKAL SIMENFERO Julat Kenyal - Ubah bentuk kenyal berlaku tanpa pembentukan retak atau pun retakmikro tidak kelihatan dengan mata kasar.• Julat Terretak - Ubah bentuk plastik dan pembentukan dan penglebaran retak yang boleh kelihatan.• Julat Alah - Penglebaran retak berterusan hingga 100 microns dan selepas itu tetulang sahaja yang membawa daya tegangan.
  7. 7. KELEBIHAN SIMENFERO • KEKUATAN MAMPATAN DAN TEGANGAN YANG TINGGI  MUDAH DIBENTUK  TAHAN KEPADA PANAS DAN HUJAN  MEMPUNYAI DAYA ALIRAN HABA YANG RENDAH  RINTANGAN KEPADA HENTAMAN DAN KEJUTAN  MUDAH DIPERBAIKI DENGAN MORTAR  TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN YANG CANGGIH  BAHAN MUDAH DIDAPATI DAN MURAH HARGANYA
  8. 8. PENGGUNAAN SIMENFERO DALAM PEMBINAAN Perumahan - struktur rumah seperti bumbung, dinding, kubah, tiang dll.• Sampan dan Kapal - Sampan pertanian, sampan perikanan, sampan pengangkutan dan sampan kerja.• Pertanian - Bin penyimpanan bijirin dan saluran pengairan• Bekalan Air & Sistem Najis• Pencerna Biogas
  9. 9. BAHAN UTAMA SIMENFEROAIRSIMENPASIRJEJARING MATA PUNAI/JEJARINGKELULIBAR KELULI
  10. 10. AIR Peranan utama air dalam konkrit ialah untuk penghidratan dan kebolehkerjaan. Air juga diperlukan untuk membacuh pasir dan pengawetan mortar. Air yang digunakan untuk membancuh tidak seharusnya mengandungi bendasing kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada pengerasan, kestabilan isipadu dan kelasakan serta boleh menyebabkan peroi, perubahan warna dan pengaratan tetulang.
  11. 11. SimenSimen ialah bahan yang mempunyai lekitandan lekatan semasa basah, kemudianmemejal dan mengeras dan mengikat pepejalmenjadi jasad yang padu.Simen terbahagia kepada dua kelas, iaitu;1. Simen hidraulik2. Simen bukan hidraulik
  12. 12. Penggunaan Simen Simen boleh digunakan dalam beberapa bentuk, iaitu; a. Turap (Grout) b. Mortar c. konkrit Turap ialah campuran simen dan air sahaja. Ia sesuai digunakan untuk menampal rekahan. Mortar ialah campuran simen, pasir, dan air. Ia digunakan untuk kerja melepa dan kerja bata. Konkrit ialah campuran simen, pasir, batu dan air. Ia digunakan untuk membina berbagai struktur.
  13. 13. MORTAR SIMENAir yang bebas dari bahan organik, klorida,bahan berasid dan kelodak serta selamatdiminum adalah sesuai untuk menghasilkansimenfero yang baik.Simen merupakan bahan pengikat yangmempunyai sifat-sifat kejelekitan yang tinggi.Simen hidraul jenis portland (OPC – OrdinaryPortland Cement) boleh digunakan dalampembinaan simenfero.Pasir adalah juzuk terbanyak dalam pembinaansimenfero iaitu 60 – 70 % drpd isipadu mortar.Pasir sungai yang bersih menghasilkan mortarberkekuatan tinggi.
  14. 14. Saiz PasirMenurut garis panduan ACI 549.1R-88,penggeredan pasir adalah sepertiberikut;-saiz ayak % melepasi beratno. 8 (2.36mm) 80 – 100no. 16 (1.18 mm) 50 – 85no.30 (0.60 mm) 25 – 60no. 50 (0.30 mm) 10 – 30no. 100 (0.15 mm) 02 - 10
  15. 15. TETULANG(JEJARING DAWAI & BAR KELULI) Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan berfungsi sebagai bahan pemegang kepada simen mortar. Kandungan keluli diantara 1 dan 8 % Pembinaan struktur bertegasan tinggi, jarak rod keluli adalah 75 mm. Di peringkat mengeras, fungsi tetulang adalah untuk menyerap tegas tegangan pada struktur. Jejaring dawai dan rod tetulang berfungsi sebagai penebat untuk menentukan rupabentuk dan menguatkan struktur.
  16. 16. CAMPURAN MORTARCampuran mortar adalah nisbah air-simen 0.4 : 1 dan nisbah simen:pasir1:2 mengikut berat.Contoh Campuran:Jika nisbah simen:pasir diambil 1:2 dannisbah simen:air diambil 1:0.5, makabagi 1 kg simen adalah diperlukan 2.0kg pasir dan air 0.5 kg. diperlukan untukmengikat keperluan nisbah yang dipilih.
  17. 17. KEBOLEHKERJAANKebolehkerjaan ialah suatu keadaan yangmana bancuhan konkrit/mortar bolehdibentukkan dan dipadatkan denganmudah.Bancuhan mestilah konsisten, senangmengalir ke dalam acuan dan mudahdipadatkan.Ujian atau panduan yang yang menentukankebolehkerjaan yang konsisten dan mudahalir bagi sesuatu bancuhan mortar ialahUjian Turun dan Faktor Padatan.
  18. 18. Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan Keadaan Sekeliling Bahan Juzuk MasaSimen Air Suhu Kelembapan Halaju Angin
  19. 19. Ujian MortarUjian `Turun’ (slump) boleh digunakanuntuk mengukur kebolehkerjaansesuatu bancuhan simen:pasir:airTurun mortar tidak melebihi 60 mm.Pasir yang kering hendaklah digunakanbagi menghitung kandungan air yangtepat dan cepat.
  20. 20. TETULANG DAN JEJARINGJenis-jenis Jejaring:1. Jejaring Dawai Heksagon (0.5” x 22gauge)2. Jejaring Terkimpal Persegi (0.5” x 0.5” x 19 gauge)3. Jejaring WatsonBilangan lapisan jejaring dawai bergantungkepada kekuatan yang dikehendaki.Saiz rod adalah di antara 4.2 mm hingga 9.5mm (purata 6.25 mm).
  21. 21. PROSES PEMBINAANSTRUKTUR SIMENFERO(D.I.Y)Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendakdibinaMenentukan anggaran kuantiti bahan binaanMembentuk rangka struktur- membina kerangka- memasang lapisan dawai halusMenyediakan bancuhan mortar (mengikut isipadu)Melepa mortarKerja penyudahan permukaan/kemasanRawatanMengecat.
  22. 22. Peralatan Asas Kerja SimenferoPenyodok simenPerata simenPlierPemotong dawaiSarung tanganBerus catDawai halus (sebagai pengikat)
  23. 23. PembinaanPenempatan Jejaring DawaiPersediaan MortarPenampalan mortarPengawetan
  24. 24. Penempatan Jejaring DawaiSaiz dan kedudukan rod sertabilangan lapisan jejaring dawai yangdiperlukan bergantung kepadaanalisis struktur sesuatu binaan.Rangkaian tetulang dikimpal dengankuat atau diikat dengan dawai halus
  25. 25. Persediaan MortarMortar dimulakan dengan mencampurkan simendengan pasir pada nisbah 1 : 2 sehingga rataBancuhan mortar diteruskan denganmemasukkan air pada tahap yang menimadengan nisbah air : simen 0.4 : 1Simenfero yang dihasilkan mempunyaiKEBOLEHKERJAAN dan kualiti yangkonsisten.Kebolehkerjaan yang baik boleh diperolehidengan nisbah air –simen yang optima.Kebolehtelapan (permeability) mortar jugadipengaruhi oleh kandungan air.
  26. 26. Penampalan MortarMortar dimasukkan ke dalam struktur jejaringdawai dari satu arah dan disokong dengankepingan papan dari arah yang berlawanan.Penampalan boleh dilakukan dengan tanganatau sudip.Penurapan mortar mempunyai dua teknikiaitu;- Teknik Satu Peringkat- Teknik Dua Peringkat
  27. 27. Turapan BerbahagianMenurap struktur simenfero besar, adalah lebihbaik diturap secara berbahagian denganmenggunakan proses satu peringkat.Ia perlu untuk menentukan bahagian disambungdengan kemas dan penyambungan mestilahdisapu dengan GROUT atau RESIN EPOXY yangmenentukan sambungan yang sempurna.Kerja-kerja akhir permukaan mestilah dilakukansebelum mortar pada keseluruhannya siap.Tebalnya mortar menutup tetulang/jejaring dawaimestilah tidak lebih dari 1.5 mm.
  28. 28. PengawetanPenting untuk memperbaiki mortarkeras, berkualiti baik dan tidak retak.Kaedah pengawetan digunakan adalahpengawetan lembab.Pengawetan dilakukan denganmembalut guni atau jerami yangsentiasa disirami air.
  29. 29. WARNA OBJEKTUJUAN- Menjadikan bentuk lebih realistik contoh: warna objek kulit kayu mestilah serupa dengan warna asal.- Menjadikan warna pada bentuk objek itu bersesuaian dengan persekitaran (landskap) Contoh: Arca yang abstrak diwarnakan dengan warna putih agar ia dapat mudah dilihat di antara warna-warna hijau tumbuhan.- Menjadikan `special effect’ pada objek Contoh: Kesan warna buah masak, besi karat, batu berlumut dsb.
  30. 30. JENIS-JENIS WARNAWARNA PRIMARY- Kuning- Biru- MerahWARNA SECONDARY- Oren- Hijau- Jingga (purple)
  31. 31. Warna Khas- Emas- PerakWarna Neutral Hitam• PutihWarna Campuran (Warna Tertiari)Kuning + Merah = OrenKuning + Biru = HijauMerah + Biru = Jingga, Violet, blue violet, red violet
  32. 32. CAMPURAN WARNA Apabila hendak mendapatkan sesuatu warna campuran, pastikan anda menyediakan warna yang cerah dan campurkan warna gelap sedikit demi sedikit agar warna yang dikehendaki itu dapat dikawal. Cth: Biru + Kuning = Hijau (sedikit) (banyak)
  33. 33. Gunakan Warna Dari Tin Cat Elakkan dari menggunakan cat terus dari tin Gunakan berus yang bersih dari berbagai ukuran Gunakan airbrush (bermotor) atau tin jika perlu Gunakan cat kilat (gloss) pada sesuatu objek yang hidup. Cth: Daun, buah-buahan dll. Gunakan cat mat pada sesuatu objek yang mati. Cth: batu, kulit kayu dll. Selepas mencampurkan cat cuba bandingkan dengan warna asal dengan mengecat warna tersebut pada objek asal. Elakkan menggunakan warna yang `guady’
  34. 34. RENDERINGMenjadikan sesuatu warna itu rata atausebaliknya mengikut kesan tekstur permukaanobjek. Menjadikan warna tonePastikan warna asal yang dikehendaki ada danrender mengikut arus warna objek asal.Tambahkan warna gelap (bayang) pada tempatyang tersorok – menjadikan seolah-olah iaditebuk lebih dalam.Tambahkan warna terang pada tempat yangterang agar ia kelihatan lebih timbul.Lukis kembali pada tempat yang tidak dapatdibuat `contour’ cth: urat daun dan urat kayu.
  35. 35. JENIS-JENIS SALUR (COAT) - Vinyl dan EpoxyPrimer mestilah boleh melekat pada mortar.Primer mestilah menerima alkaliniti pada mortar.Mestilah tahan haus dan merentang serangan kimia.Boleh menebat arus lektrik.Tidak boleh telap air dan bahan kimia.Bahannya bukan toksik dan boleh dikendalikan olehpekerja tidak mahir.Mudah disapu, baiknya dengan berus.Bahan yang siap tidak payah dicampurkan bahan-bahanlain lagi.Tidak ada had waktu di antara lapisan.Cepat kering.Tidak terjejas dengan air.Mudah dijaga.
  36. 36. TERIMA KASIH MPBP



 Landskap Kejur Pengenalan

  1. 1. LA 02 LANDSKAP KEJUR (PENGENALA N) Page 1
  2. 2. PENGENALAN Landskap Kejur dikenali sebagai Hardscape. Landskap jenis ini merupakan elemen tidak bergerak dibina oleh manusia dengan tujuan tertentu dan bukan elemen tumbuhan dan bumi. Page 2
  3. 3. Elemen Landskap Kejur PERGOLA WAKAF / GAZEBO Page 3
  4. 4. Elemen Landskap Kejur SIAR KAKI PAGAR Page 4
  5. 5. Elemen Landskap Kejur KERUSI TAMAN PAPAN TANDA Page 5
  6. 6. Elemen Landskap Kejur KOLAM / WATER FEATURE TANGGA Page 6
  7. 7. Elemen Landskap Kejur BOLLARD TRELLIS Page 7
  8. 8. Elemen Landskap Kejur ARCA BINAAN KAYU Page 8
  9. 9. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 1. Aspek Kesesuaian : Contoh penggunaan tar atau bitumen sebagai lantai halaman taman dalam kawasan bercuaca panas adalah pemilihan kurang tepat permukaan menjadi panas menyebabkan tidak ramai pengguna menggunakan taman tersebut. Page 9
  10. 10. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 2. Aspek Keselamatan : Bahan permukaan yang licin, tajam dan mudah berkarat mestilah dielakkan terutaman penggunaan taman yang melibatkan kanak-kanak. Page 10
  11. 11. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 3. Aspek Penyelenggaraan : Aspek ini penting untuk memanjangkan hayat jangka masa penggunaan dan kewujudan sesuatu elemen. Elemen yang ditekankan haruslah dipilih bahan yang rendah penyelenggaraan untuk menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan pembaziran. Page 11
  12. 12. Page 12
  13. 13. RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 1. Bertujuan menampung kehendak yang tidak dapat dilakukan oleh landskap lembut seperti wakaf dan kerusi taman. 2. Ciri-ciri landskap kejur yang tidak terdapat pada landskap lembut seperti lukisan mural pada tembok. 3. Untuk memberi kesan sampingan yang menarik pada keindahan landskap. Page 13
  14. 14. RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 4. Elemen landskap kejur mempunyai tempoh penggunaan yang lama dan tahan lasak. 5. Elemen landskap kejur mudah dibentuk dan dicorakkan mengikut kehendak pengguna. 6. Elemen landskap kejur tidak perlu dijaga setiap hari dan penyelenggaraan adalah secara berkala. Page 14
  15. 15. Page 15
  16. 16. KATEGORI LANDSKAP KEJUR 1. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi Elemen yang digunakan sebagai memenuhi fungsi semata-mata seperti kaku tanpa berinteraksi dengan pengguna. Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa memberi reaksi kepada pengguna. Bollard Page 16
  17. 17. Page 17
  18. 18. KATEGORI LANDSKAP KEJUR 2. Landskap Kejur Berinteraksi Elemen yang mampu memberi reaksi terhadap pengguna. Bunyi air pancut kolam akan memberi reasi kepada pengguna untuk datang dan menyejukkan kawasan Kolam Hiasan Page 18
  19. 19. Terlebih interaksi… Air Terjun Page 19
  20. 20. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 1. Landskap Kejur Pemisah & Penutup Elemen ini hanya untuk memisah dan memberi halangan pergerakan, penglihatan manusia dan kenderaan kepada pengguna sesuatu kawasan. Bollard berfungsi mengawal pergerakan dan penghalang kenderaan dari memasuki kawasan. Bollard Page 20
  21. 21. Page 21
  22. 22. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 2. Landskap Kejur Permukaan Khusus Elemen ini dibina untuk memberikan permukaan khusus bagi tujuan tertentu seperti lembut, keras dan kasar. Contoh permukaan laman batu gravel. Penggunaan batu gravel akan menampakkan keindahan pada laman dan faktor kesihatan untuk tujuan refleksologi. Batu Gravel Page 22
  23. 23. Kasut Page 23
  24. 24. Rubber Mate Page 24
  25. 25. Tarmac Page 25
  26. 26. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 3. Landskap Kejur Penghubung Elemen ini dibina untuk menghubungkan antara ruang dengan ruang yang lain sebagai tanda mempunyai perkaitan satu sama lain Contoh elemen seperti tangga, jambatan dan pergola. Jambatan digunakan sebagai penghubung antara satu tempat ke satu tempat lain. Jambatan Page 26
  27. 27. Jambatan Air Page 27
  28. 28. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 4. Landskap Kejur Pelengkap Elemen yang diletakkan di suatu ruang supaya menjadi pelengkap dan lebih baik. Elemen ini juga memberi kebaikan kepada pengguna. Contoh kerusi taman, lampu, papan tanda atau tempat berteduh. Set meja taman digunakan sebagai pelengkap kemudahan di kawasan taman. Set Meja Taman Page 28
  29. 29. Tong Sampah Page 29
  30. 30. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 5. Landskap Kejur Tumpu Elemen ini digunakan untuk menarik perhatian pengguna untuk datang ke suatu kawasan. Contoh penggunaan arca dan air pancut. Arca berbentuk ikan merupakan simbolik daya tarikan bagi menarik pengunjung melawat ke suatu kawasan. Arca Page 30
  31. 31. Arca Ikan Page 31
  32. 32. PANDUAN PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 1. 2. 3. 4. 5. Tema atau konsep projek landskap Fungsi sesuatu elemen Landskap Kejur Saiz dan skala elemen Landskap Kejur Kos pembiayaan projek Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek. 6. Ketahanan 7. Kemahiran pekerja atau pembuat. 8. Penyelenggaraan Page 32
  33. 33. Landskap Mini Page 33
  34. 34. Page 34