Berhajat ak bina kolam hiasan yang diimpikan? Justeru bagaimana kita boleh membina sebuah taman kolam hiasan yang menarik dan sentiasa terjaga?
Mewujudkan sebuah kolam hiasan walaupun kecil, sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ciri-ciri air ini selain menyumbang kepada suasana alam semula jadi, ia juga membuatkan suasana kediaman lebih sejuk. Sebuah taman air bersaiz kecil boleh ditambah dengan tumbuhan akuatik dan ikan hiasan agar kelihatan harmoni.
Jika kita ingin membina sendiri sebuah kolam hiasan yang menjimatkan kos, binalah sesuatu bermula dengan saiz kecil dahulu. Walaupun kecil, mungkin ia bakal menjadi projek yang sangat menyeronokkan.Agar kolam hiasan ini sentiasa berfungsi dan terjaga rapi, haruslah kita membuat penyenggaraan secara berkala.
Berikut adalah panduan untuk membina kolam hiasan yang boleh dibuat sendiri:
1. Tentukan ciri-ciri asas kolam
- Tentukan dahulu bagaimana rupa kolam yang dikehendaki sama ada ianya above ground pond atau inground pond.
- Adakah kita mahu ia kelihatan separas tanah atau ia kelihatan di atas permukaan tanah.
- Berapakah saiz dan kedalaman kolam.
- Apakah fungsi kolam itu?
- Kebiasaannya sebuah kolam hiasan adalah lebih kepada hiasan landskap semata-mata.
- Ia dihiasi dengan tumbuhan akuatik, batu sungai, dan juga ikan hiasan.
- Kebanyakan kolam memberikan hasil terbaik di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari, kerana persekitaran kondusif membolehkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membesar.
- Pertimbangkan juga kawasan yang bersesuaian yang miungkin kita nikmati pemandangan kolam tersebut dari dalam kediaman.
- Elakkan memilih tempat yang berhampiran dengan pokok-pokok, kerana mungkin boleh merosakkan system akarnya.
- Mulakan dengan penanaman tumbuhan akuatik dan lihat sejauh mana kejayaannya. Kemudian barulah diletakkan ikan-ikan hiasan.
2. Pam air
- Pam air digunakan untuk mengalirkan air, memancutkan air dan juga untuk memberi buih-buih pengudaraan untuk ikan.
- Kapasiti pam air hendaklah bersesuaian dengan saiz kolam.
3. Menanam tumbuhan akuatik
- Tanam hanya beberapa spesies tumbuhan akuatik untuk memelihara keadaan kolam.
- Bentuk daun berbeza boleh menghasilkan komposisi menarik visual kolam.
- Tumbuhan akuatik ini boleh ditanam di dalam pasu sebelum dimasukkan didalam kolam hiasan ataupun dibiarkan terapung.
- Pasu ini boleh diatur dengan ketinggian yang berbeza menggunakan bata yang dialas di bawahnya.
- Tumbuhan akuatik yang terapung boleh dimasukkan kemudian setelah air diisi ke dalam kolam.
4. Keperluan filter untuk kolam
- Filter (penapis) pam air dan pam air dapat mengekalkan kelangsungan kondisi kolam yang cemerlang.
- Pam dan penapis perlu untuk menghasilkan air yang bersih dan sentiasa bergerak supaya tumbuh-tumbuhan atau ikan dapat hidup dengan baik.
- Hidupkan pam dan biarkan ia menjana proses kitaran air selama 24 jam sebelum memasukkan tumbuhan akuatik atau ikan hiasan.
5. Penjagaan dan penyenggaraan air kolam hiasan
- Mengekalkan rutin penjagaan kolam secara konsisten lebih susah berbanding membinanya.
- Kolam akan mula hilang daya menariknya apabila kita mengabaikan penjagaannya.
- Pantau kualiti air setiap bulan.
- Jenis bahan yang telah masuk ke dalam kolam akan member kesan yang besar kepada kekerapan kita mencuci kolam.
- Terlalu banyak tumbuhan yang rosak atau sisa perkumuhan ikan di dasar kolam, akan mengganggu habitat ikan peliharaan dan kualiti air.
- Kualiti air akan menentukan tahap kesihatan ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik di dalamnya.
- Memastikan tahap pH air yang bersesuaian untuk menentukan keasidan air sesuatu kolam.
- Cuba pastikan nilai bacaan nilai pH air di antara 6.8 hingga 9.0 iaitu nilai yang sesuai untuk ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik.
- Hadkan jumlah makanan yang diberikan kepada ikan kerana makanan ikan yang berlebihan di dalam air mempengaruhi kehadiran jumlah nitrat.
- Nitrat sangat bertoksik kepada ikan dan ia boleh dikawal dengan menukar air serta mencuci sistem filter.
- Penyenggaraan kolam secara berkala perlu dilakukan supaya kolam sentiasa jernih dan ikan dapat hidup selesa dalam habitatnya.
- Penyakit yang boleh merosakkan tumbuhan dan ikan akan tersebar melalui air yang mana tidak dapat dilihat oleh mata kasar serta tidak akan menunjukkan kesan secara mendadak. Ia akan mengurangkan imuniti ikan dan tumbuhan secara perlahan lalu menyebabkannya lemah dan mati.
No comments:
Post a Comment