Friday, March 4, 2016

KOLAM HIASAN

















Berhajat ak bina kolam hiasan yang diimpikan? Justeru bagaimana kita boleh membina sebuah taman kolam hiasan yang menarik dan sentiasa terjaga?

Mewujudkan sebuah kolam hiasan walaupun kecil, sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ciri-ciri air ini selain menyumbang kepada suasana alam semula jadi, ia juga membuatkan suasana kediaman lebih sejuk. Sebuah taman air bersaiz kecil boleh ditambah dengan tumbuhan akuatik dan ikan hiasan agar kelihatan harmoni.

Jika kita ingin membina sendiri sebuah kolam hiasan yang menjimatkan kos, binalah sesuatu bermula dengan saiz kecil dahulu. Walaupun kecil, mungkin ia bakal menjadi projek yang sangat menyeronokkan.Agar kolam hiasan ini sentiasa berfungsi dan terjaga rapi, haruslah kita membuat penyenggaraan secara berkala.

Berikut adalah panduan untuk membina kolam hiasan yang boleh dibuat sendiri:

1.   Tentukan ciri-ciri asas kolam
  •  Tentukan dahulu bagaimana rupa kolam yang dikehendaki sama ada ianya above ground pond atau inground pond. 
  • Adakah kita mahu ia kelihatan separas tanah atau ia kelihatan di atas permukaan tanah. 
  • Berapakah saiz dan kedalaman kolam. 
  • Apakah fungsi kolam itu? 
  •  Kebiasaannya sebuah kolam hiasan adalah lebih kepada hiasan landskap semata-mata. 
  • Ia dihiasi dengan tumbuhan akuatik, batu sungai, dan juga ikan hiasan. 
  • Kebanyakan kolam memberikan hasil terbaik di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari, kerana persekitaran kondusif membolehkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membesar. 
  • Pertimbangkan juga kawasan yang bersesuaian yang miungkin kita nikmati pemandangan kolam tersebut dari dalam kediaman. 
  • Elakkan memilih tempat yang berhampiran dengan pokok-pokok, kerana mungkin boleh merosakkan system akarnya. 
  • Mulakan dengan penanaman tumbuhan akuatik dan lihat sejauh mana kejayaannya. Kemudian barulah diletakkan ikan-ikan hiasan.


2.  Pam air
  •  Pam air digunakan untuk mengalirkan air, memancutkan air dan juga untuk memberi buih-buih pengudaraan untuk ikan. 
  • Kapasiti pam air hendaklah bersesuaian dengan saiz kolam.

3.  Menanam tumbuhan akuatik
  •  Tanam hanya beberapa spesies tumbuhan akuatik untuk memelihara keadaan kolam. 
  • Bentuk daun berbeza boleh menghasilkan komposisi menarik visual kolam. 
  • Tumbuhan akuatik ini boleh ditanam di dalam pasu sebelum dimasukkan didalam kolam hiasan ataupun dibiarkan terapung. 
  • Pasu ini boleh diatur dengan ketinggian yang berbeza menggunakan bata yang dialas di bawahnya. 
  • Tumbuhan akuatik yang terapung boleh dimasukkan kemudian setelah air diisi ke dalam kolam.

4.  Keperluan filter untuk kolam
  •  Filter (penapis) pam air dan pam air dapat mengekalkan kelangsungan kondisi kolam yang cemerlang. 
  • Pam dan penapis perlu untuk menghasilkan air yang bersih dan sentiasa bergerak supaya tumbuh-tumbuhan atau ikan dapat hidup dengan baik. 
  • Hidupkan pam dan biarkan ia menjana proses kitaran air selama 24 jam sebelum memasukkan tumbuhan akuatik atau ikan hiasan.





5.  Penjagaan dan penyenggaraan air kolam hiasan
  •  Mengekalkan rutin penjagaan kolam secara konsisten lebih susah berbanding membinanya. 
  • Kolam akan mula hilang daya menariknya apabila kita mengabaikan penjagaannya. 
  • Pantau kualiti air setiap bulan. 
  • Jenis bahan yang telah masuk ke dalam kolam akan member kesan yang besar kepada kekerapan kita mencuci kolam. 
  • Terlalu banyak tumbuhan yang rosak atau sisa perkumuhan ikan di dasar kolam, akan mengganggu habitat ikan peliharaan dan kualiti air. 
  • Kualiti air akan menentukan tahap kesihatan ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik di dalamnya. 
  • Memastikan tahap pH air yang bersesuaian untuk menentukan keasidan air sesuatu kolam. 
  • Cuba pastikan nilai bacaan nilai pH air di antara 6.8 hingga 9.0 iaitu nilai yang sesuai untuk ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik. 
  • Hadkan jumlah makanan yang diberikan kepada ikan kerana makanan ikan yang berlebihan di dalam air mempengaruhi kehadiran jumlah nitrat. 
  • Nitrat sangat bertoksik kepada ikan dan ia boleh dikawal dengan menukar air serta mencuci sistem filter. 
  • Penyenggaraan kolam secara berkala perlu dilakukan supaya kolam sentiasa jernih dan ikan dapat hidup selesa dalam habitatnya. 
  • Penyakit yang boleh merosakkan tumbuhan dan ikan akan tersebar melalui air yang mana tidak dapat dilihat oleh mata kasar serta tidak akan menunjukkan kesan secara mendadak. Ia akan mengurangkan imuniti ikan dan tumbuhan secara perlahan lalu menyebabkannya lemah dan mati.












simenfero draf

Modul 11 Pelaksanaan Landskap Kejur

  1. 1. TEKNOLOGISIMENFERO LANDSKAP & NURSERI MPBP
  2. 2. PENGENALANRekabentuk dalam Senitaman bolehdikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:a. Softscapeb. HardscapeSoftscape merupakan penggunaan bahan-bahan hidup seperti pokok-pokok hiasan,pokok bunga-bungaan dan rumput turfHardscape merupakan struktur binaan yangdigunakan sebagai tambahan atau kombinasikepada softscape bagi memberi kesan yanglebih menarik dan menawan.
  3. 3. DEFINISI SIMENFEROmerupakan sejenis struktur binaan yangterdiri drpd MOTAR (campuran pasir,simen dan air) yang dilepa nipis padajejaring dawai keluli.Maksud simenfero adalah kombinasibahan ferus (besi) dan simen
  4. 4. SEJARAH Simenfero dipelopori oleh Joseph Louis Lambot, seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848. Beliau membina beberapa struktur sampan dayung, pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil “Ferciment”. Sebahagian drpd binaan beliau (sampan – 3.66m x 1.22m) masih terdapat di Muzium Brignotes, Perancis. Teknologi ini dikembangkan kemudian oleh Profesor Nervi (1940) sehinggalah ke negara- negara Russia, India, Tibet, Afrika, Australia, New Zealand dan Asia.
  5. 5. Di MalaysiaFIN Malaysia (Ferrocement InformationNetwork) yang berpusat di UPM adalahinstitusi yang bertanggungjawabmemperkenal dan memperkembangkanteknologi ini sejak dari tahun 1979.
  6. 6. SIFAT-SIFAT MEKANIKAL SIMENFERO Julat Kenyal - Ubah bentuk kenyal berlaku tanpa pembentukan retak atau pun retakmikro tidak kelihatan dengan mata kasar.• Julat Terretak - Ubah bentuk plastik dan pembentukan dan penglebaran retak yang boleh kelihatan.• Julat Alah - Penglebaran retak berterusan hingga 100 microns dan selepas itu tetulang sahaja yang membawa daya tegangan.
  7. 7. KELEBIHAN SIMENFERO • KEKUATAN MAMPATAN DAN TEGANGAN YANG TINGGI  MUDAH DIBENTUK  TAHAN KEPADA PANAS DAN HUJAN  MEMPUNYAI DAYA ALIRAN HABA YANG RENDAH  RINTANGAN KEPADA HENTAMAN DAN KEJUTAN  MUDAH DIPERBAIKI DENGAN MORTAR  TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN YANG CANGGIH  BAHAN MUDAH DIDAPATI DAN MURAH HARGANYA
  8. 8. PENGGUNAAN SIMENFERO DALAM PEMBINAAN Perumahan - struktur rumah seperti bumbung, dinding, kubah, tiang dll.• Sampan dan Kapal - Sampan pertanian, sampan perikanan, sampan pengangkutan dan sampan kerja.• Pertanian - Bin penyimpanan bijirin dan saluran pengairan• Bekalan Air & Sistem Najis• Pencerna Biogas
  9. 9. BAHAN UTAMA SIMENFEROAIRSIMENPASIRJEJARING MATA PUNAI/JEJARINGKELULIBAR KELULI
  10. 10. AIR Peranan utama air dalam konkrit ialah untuk penghidratan dan kebolehkerjaan. Air juga diperlukan untuk membacuh pasir dan pengawetan mortar. Air yang digunakan untuk membancuh tidak seharusnya mengandungi bendasing kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada pengerasan, kestabilan isipadu dan kelasakan serta boleh menyebabkan peroi, perubahan warna dan pengaratan tetulang.
  11. 11. SimenSimen ialah bahan yang mempunyai lekitandan lekatan semasa basah, kemudianmemejal dan mengeras dan mengikat pepejalmenjadi jasad yang padu.Simen terbahagia kepada dua kelas, iaitu;1. Simen hidraulik2. Simen bukan hidraulik
  12. 12. Penggunaan Simen Simen boleh digunakan dalam beberapa bentuk, iaitu; a. Turap (Grout) b. Mortar c. konkrit Turap ialah campuran simen dan air sahaja. Ia sesuai digunakan untuk menampal rekahan. Mortar ialah campuran simen, pasir, dan air. Ia digunakan untuk kerja melepa dan kerja bata. Konkrit ialah campuran simen, pasir, batu dan air. Ia digunakan untuk membina berbagai struktur.
  13. 13. MORTAR SIMENAir yang bebas dari bahan organik, klorida,bahan berasid dan kelodak serta selamatdiminum adalah sesuai untuk menghasilkansimenfero yang baik.Simen merupakan bahan pengikat yangmempunyai sifat-sifat kejelekitan yang tinggi.Simen hidraul jenis portland (OPC – OrdinaryPortland Cement) boleh digunakan dalampembinaan simenfero.Pasir adalah juzuk terbanyak dalam pembinaansimenfero iaitu 60 – 70 % drpd isipadu mortar.Pasir sungai yang bersih menghasilkan mortarberkekuatan tinggi.
  14. 14. Saiz PasirMenurut garis panduan ACI 549.1R-88,penggeredan pasir adalah sepertiberikut;-saiz ayak % melepasi beratno. 8 (2.36mm) 80 – 100no. 16 (1.18 mm) 50 – 85no.30 (0.60 mm) 25 – 60no. 50 (0.30 mm) 10 – 30no. 100 (0.15 mm) 02 - 10
  15. 15. TETULANG(JEJARING DAWAI & BAR KELULI) Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan berfungsi sebagai bahan pemegang kepada simen mortar. Kandungan keluli diantara 1 dan 8 % Pembinaan struktur bertegasan tinggi, jarak rod keluli adalah 75 mm. Di peringkat mengeras, fungsi tetulang adalah untuk menyerap tegas tegangan pada struktur. Jejaring dawai dan rod tetulang berfungsi sebagai penebat untuk menentukan rupabentuk dan menguatkan struktur.
  16. 16. CAMPURAN MORTARCampuran mortar adalah nisbah air-simen 0.4 : 1 dan nisbah simen:pasir1:2 mengikut berat.Contoh Campuran:Jika nisbah simen:pasir diambil 1:2 dannisbah simen:air diambil 1:0.5, makabagi 1 kg simen adalah diperlukan 2.0kg pasir dan air 0.5 kg. diperlukan untukmengikat keperluan nisbah yang dipilih.
  17. 17. KEBOLEHKERJAANKebolehkerjaan ialah suatu keadaan yangmana bancuhan konkrit/mortar bolehdibentukkan dan dipadatkan denganmudah.Bancuhan mestilah konsisten, senangmengalir ke dalam acuan dan mudahdipadatkan.Ujian atau panduan yang yang menentukankebolehkerjaan yang konsisten dan mudahalir bagi sesuatu bancuhan mortar ialahUjian Turun dan Faktor Padatan.
  18. 18. Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan Keadaan Sekeliling Bahan Juzuk MasaSimen Air Suhu Kelembapan Halaju Angin
  19. 19. Ujian MortarUjian `Turun’ (slump) boleh digunakanuntuk mengukur kebolehkerjaansesuatu bancuhan simen:pasir:airTurun mortar tidak melebihi 60 mm.Pasir yang kering hendaklah digunakanbagi menghitung kandungan air yangtepat dan cepat.
  20. 20. TETULANG DAN JEJARINGJenis-jenis Jejaring:1. Jejaring Dawai Heksagon (0.5” x 22gauge)2. Jejaring Terkimpal Persegi (0.5” x 0.5” x 19 gauge)3. Jejaring WatsonBilangan lapisan jejaring dawai bergantungkepada kekuatan yang dikehendaki.Saiz rod adalah di antara 4.2 mm hingga 9.5mm (purata 6.25 mm).
  21. 21. PROSES PEMBINAANSTRUKTUR SIMENFERO(D.I.Y)Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendakdibinaMenentukan anggaran kuantiti bahan binaanMembentuk rangka struktur- membina kerangka- memasang lapisan dawai halusMenyediakan bancuhan mortar (mengikut isipadu)Melepa mortarKerja penyudahan permukaan/kemasanRawatanMengecat.
  22. 22. Peralatan Asas Kerja SimenferoPenyodok simenPerata simenPlierPemotong dawaiSarung tanganBerus catDawai halus (sebagai pengikat)
  23. 23. PembinaanPenempatan Jejaring DawaiPersediaan MortarPenampalan mortarPengawetan
  24. 24. Penempatan Jejaring DawaiSaiz dan kedudukan rod sertabilangan lapisan jejaring dawai yangdiperlukan bergantung kepadaanalisis struktur sesuatu binaan.Rangkaian tetulang dikimpal dengankuat atau diikat dengan dawai halus
  25. 25. Persediaan MortarMortar dimulakan dengan mencampurkan simendengan pasir pada nisbah 1 : 2 sehingga rataBancuhan mortar diteruskan denganmemasukkan air pada tahap yang menimadengan nisbah air : simen 0.4 : 1Simenfero yang dihasilkan mempunyaiKEBOLEHKERJAAN dan kualiti yangkonsisten.Kebolehkerjaan yang baik boleh diperolehidengan nisbah air –simen yang optima.Kebolehtelapan (permeability) mortar jugadipengaruhi oleh kandungan air.
  26. 26. Penampalan MortarMortar dimasukkan ke dalam struktur jejaringdawai dari satu arah dan disokong dengankepingan papan dari arah yang berlawanan.Penampalan boleh dilakukan dengan tanganatau sudip.Penurapan mortar mempunyai dua teknikiaitu;- Teknik Satu Peringkat- Teknik Dua Peringkat
  27. 27. Turapan BerbahagianMenurap struktur simenfero besar, adalah lebihbaik diturap secara berbahagian denganmenggunakan proses satu peringkat.Ia perlu untuk menentukan bahagian disambungdengan kemas dan penyambungan mestilahdisapu dengan GROUT atau RESIN EPOXY yangmenentukan sambungan yang sempurna.Kerja-kerja akhir permukaan mestilah dilakukansebelum mortar pada keseluruhannya siap.Tebalnya mortar menutup tetulang/jejaring dawaimestilah tidak lebih dari 1.5 mm.
  28. 28. PengawetanPenting untuk memperbaiki mortarkeras, berkualiti baik dan tidak retak.Kaedah pengawetan digunakan adalahpengawetan lembab.Pengawetan dilakukan denganmembalut guni atau jerami yangsentiasa disirami air.
  29. 29. WARNA OBJEKTUJUAN- Menjadikan bentuk lebih realistik contoh: warna objek kulit kayu mestilah serupa dengan warna asal.- Menjadikan warna pada bentuk objek itu bersesuaian dengan persekitaran (landskap) Contoh: Arca yang abstrak diwarnakan dengan warna putih agar ia dapat mudah dilihat di antara warna-warna hijau tumbuhan.- Menjadikan `special effect’ pada objek Contoh: Kesan warna buah masak, besi karat, batu berlumut dsb.
  30. 30. JENIS-JENIS WARNAWARNA PRIMARY- Kuning- Biru- MerahWARNA SECONDARY- Oren- Hijau- Jingga (purple)
  31. 31. Warna Khas- Emas- PerakWarna Neutral Hitam• PutihWarna Campuran (Warna Tertiari)Kuning + Merah = OrenKuning + Biru = HijauMerah + Biru = Jingga, Violet, blue violet, red violet
  32. 32. CAMPURAN WARNA Apabila hendak mendapatkan sesuatu warna campuran, pastikan anda menyediakan warna yang cerah dan campurkan warna gelap sedikit demi sedikit agar warna yang dikehendaki itu dapat dikawal. Cth: Biru + Kuning = Hijau (sedikit) (banyak)
  33. 33. Gunakan Warna Dari Tin Cat Elakkan dari menggunakan cat terus dari tin Gunakan berus yang bersih dari berbagai ukuran Gunakan airbrush (bermotor) atau tin jika perlu Gunakan cat kilat (gloss) pada sesuatu objek yang hidup. Cth: Daun, buah-buahan dll. Gunakan cat mat pada sesuatu objek yang mati. Cth: batu, kulit kayu dll. Selepas mencampurkan cat cuba bandingkan dengan warna asal dengan mengecat warna tersebut pada objek asal. Elakkan menggunakan warna yang `guady’
  34. 34. RENDERINGMenjadikan sesuatu warna itu rata atausebaliknya mengikut kesan tekstur permukaanobjek. Menjadikan warna tonePastikan warna asal yang dikehendaki ada danrender mengikut arus warna objek asal.Tambahkan warna gelap (bayang) pada tempatyang tersorok – menjadikan seolah-olah iaditebuk lebih dalam.Tambahkan warna terang pada tempat yangterang agar ia kelihatan lebih timbul.Lukis kembali pada tempat yang tidak dapatdibuat `contour’ cth: urat daun dan urat kayu.
  35. 35. JENIS-JENIS SALUR (COAT) - Vinyl dan EpoxyPrimer mestilah boleh melekat pada mortar.Primer mestilah menerima alkaliniti pada mortar.Mestilah tahan haus dan merentang serangan kimia.Boleh menebat arus lektrik.Tidak boleh telap air dan bahan kimia.Bahannya bukan toksik dan boleh dikendalikan olehpekerja tidak mahir.Mudah disapu, baiknya dengan berus.Bahan yang siap tidak payah dicampurkan bahan-bahanlain lagi.Tidak ada had waktu di antara lapisan.Cepat kering.Tidak terjejas dengan air.Mudah dijaga.
  36. 36. TERIMA KASIH MPBP



 Landskap Kejur Pengenalan

  1. 1. LA 02 LANDSKAP KEJUR (PENGENALA N) Page 1
  2. 2. PENGENALAN Landskap Kejur dikenali sebagai Hardscape. Landskap jenis ini merupakan elemen tidak bergerak dibina oleh manusia dengan tujuan tertentu dan bukan elemen tumbuhan dan bumi. Page 2
  3. 3. Elemen Landskap Kejur PERGOLA WAKAF / GAZEBO Page 3
  4. 4. Elemen Landskap Kejur SIAR KAKI PAGAR Page 4
  5. 5. Elemen Landskap Kejur KERUSI TAMAN PAPAN TANDA Page 5
  6. 6. Elemen Landskap Kejur KOLAM / WATER FEATURE TANGGA Page 6
  7. 7. Elemen Landskap Kejur BOLLARD TRELLIS Page 7
  8. 8. Elemen Landskap Kejur ARCA BINAAN KAYU Page 8
  9. 9. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 1. Aspek Kesesuaian : Contoh penggunaan tar atau bitumen sebagai lantai halaman taman dalam kawasan bercuaca panas adalah pemilihan kurang tepat permukaan menjadi panas menyebabkan tidak ramai pengguna menggunakan taman tersebut. Page 9
  10. 10. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 2. Aspek Keselamatan : Bahan permukaan yang licin, tajam dan mudah berkarat mestilah dielakkan terutaman penggunaan taman yang melibatkan kanak-kanak. Page 10
  11. 11. PENGENALAN Aspek Penggunaan Landskap Kejur 3. Aspek Penyelenggaraan : Aspek ini penting untuk memanjangkan hayat jangka masa penggunaan dan kewujudan sesuatu elemen. Elemen yang ditekankan haruslah dipilih bahan yang rendah penyelenggaraan untuk menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan pembaziran. Page 11
  12. 12. Page 12
  13. 13. RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 1. Bertujuan menampung kehendak yang tidak dapat dilakukan oleh landskap lembut seperti wakaf dan kerusi taman. 2. Ciri-ciri landskap kejur yang tidak terdapat pada landskap lembut seperti lukisan mural pada tembok. 3. Untuk memberi kesan sampingan yang menarik pada keindahan landskap. Page 13
  14. 14. RASIONAL PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 4. Elemen landskap kejur mempunyai tempoh penggunaan yang lama dan tahan lasak. 5. Elemen landskap kejur mudah dibentuk dan dicorakkan mengikut kehendak pengguna. 6. Elemen landskap kejur tidak perlu dijaga setiap hari dan penyelenggaraan adalah secara berkala. Page 14
  15. 15. Page 15
  16. 16. KATEGORI LANDSKAP KEJUR 1. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi Elemen yang digunakan sebagai memenuhi fungsi semata-mata seperti kaku tanpa berinteraksi dengan pengguna. Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa memberi reaksi kepada pengguna. Bollard Page 16
  17. 17. Page 17
  18. 18. KATEGORI LANDSKAP KEJUR 2. Landskap Kejur Berinteraksi Elemen yang mampu memberi reaksi terhadap pengguna. Bunyi air pancut kolam akan memberi reasi kepada pengguna untuk datang dan menyejukkan kawasan Kolam Hiasan Page 18
  19. 19. Terlebih interaksi… Air Terjun Page 19
  20. 20. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 1. Landskap Kejur Pemisah & Penutup Elemen ini hanya untuk memisah dan memberi halangan pergerakan, penglihatan manusia dan kenderaan kepada pengguna sesuatu kawasan. Bollard berfungsi mengawal pergerakan dan penghalang kenderaan dari memasuki kawasan. Bollard Page 20
  21. 21. Page 21
  22. 22. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 2. Landskap Kejur Permukaan Khusus Elemen ini dibina untuk memberikan permukaan khusus bagi tujuan tertentu seperti lembut, keras dan kasar. Contoh permukaan laman batu gravel. Penggunaan batu gravel akan menampakkan keindahan pada laman dan faktor kesihatan untuk tujuan refleksologi. Batu Gravel Page 22
  23. 23. Kasut Page 23
  24. 24. Rubber Mate Page 24
  25. 25. Tarmac Page 25
  26. 26. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 3. Landskap Kejur Penghubung Elemen ini dibina untuk menghubungkan antara ruang dengan ruang yang lain sebagai tanda mempunyai perkaitan satu sama lain Contoh elemen seperti tangga, jambatan dan pergola. Jambatan digunakan sebagai penghubung antara satu tempat ke satu tempat lain. Jambatan Page 26
  27. 27. Jambatan Air Page 27
  28. 28. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 4. Landskap Kejur Pelengkap Elemen yang diletakkan di suatu ruang supaya menjadi pelengkap dan lebih baik. Elemen ini juga memberi kebaikan kepada pengguna. Contoh kerusi taman, lampu, papan tanda atau tempat berteduh. Set meja taman digunakan sebagai pelengkap kemudahan di kawasan taman. Set Meja Taman Page 28
  29. 29. Tong Sampah Page 29
  30. 30. FUNGSI LANDSKAP KEJUR 5. Landskap Kejur Tumpu Elemen ini digunakan untuk menarik perhatian pengguna untuk datang ke suatu kawasan. Contoh penggunaan arca dan air pancut. Arca berbentuk ikan merupakan simbolik daya tarikan bagi menarik pengunjung melawat ke suatu kawasan. Arca Page 30
  31. 31. Arca Ikan Page 31
  32. 32. PANDUAN PENGGUNAAN LANDSKAP KEJUR 1. 2. 3. 4. 5. Tema atau konsep projek landskap Fungsi sesuatu elemen Landskap Kejur Saiz dan skala elemen Landskap Kejur Kos pembiayaan projek Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek. 6. Ketahanan 7. Kemahiran pekerja atau pembuat. 8. Penyelenggaraan Page 32
  33. 33. Landskap Mini Page 33
  34. 34. Page 34
















simenfero

TEKNOLOGISIMENFERO   LANDSKAP & NURSERI         MPBP


PENGENALANRekabentuk dalam Senitaman bolehdikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:a. Softscapeb. HardscapeSoftscape merupa...



DEFINISI SIMENFEROmerupakan sejenis struktur binaan yangterdiri drpd MOTAR (campuran pasir,simen dan air) yang dilepa nipi...



SEJARAH Simenfero dipelopori oleh Joseph Louis  Lambot, seorang berbangsa Perancis pada  tahun 1848. Beliau membina bebe...



Di MalaysiaFIN Malaysia (Ferrocement InformationNetwork) yang berpusat di UPM adalahinstitusi yang bertanggungjawabmemperk...



SIFAT-SIFAT MEKANIKAL      SIMENFERO  Julat Kenyal    - Ubah bentuk kenyal berlaku tanpa    pembentukan retak atau pun ret...



KELEBIHAN SIMENFERO • KEKUATAN MAMPATAN DAN TEGANGAN   YANG TINGGI  MUDAH DIBENTUK  TAHAN KEPADA PANAS DAN HUJAN  MEMPU...



PENGGUNAAN SIMENFERO           DALAM PEMBINAAN    Perumahan    - struktur rumah seperti bumbung, dinding, kubah,       tia...



BAHAN UTAMA     SIMENFEROAIRSIMENPASIRJEJARING MATA PUNAI/JEJARINGKELULIBAR KELULI



AIR Peranan utama air dalam konkrit ialah  untuk penghidratan dan kebolehkerjaan. Air juga diperlukan untuk membacuh pas...




SimenSimen ialah bahan yang mempunyai lekitandan lekatan semasa basah, kemudianmemejal dan mengeras dan mengikat pepejalme...



Penggunaan Simen   Simen boleh digunakan dalam beberapa bentuk,    iaitu;        a.   Turap (Grout)                  b.  ...



MORTAR SIMENAir yang bebas dari bahan organik, klorida,bahan berasid dan kelodak serta selamatdiminum adalah sesuai untuk ...



Saiz PasirMenurut garis panduan ACI 549.1R-88,penggeredan pasir adalah sepertiberikut;-saiz ayak            % melepasi ber...



TETULANG(JEJARING DAWAI & BAR KELULI)  Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan  berfungsi sebagai bahan pemegang kepada...



CAMPURAN MORTARCampuran mortar adalah nisbah air-simen 0.4 : 1 dan nisbah simen:pasir1:2 mengikut berat.Contoh Campuran:Ji...



KEBOLEHKERJAANKebolehkerjaan ialah suatu keadaan yangmana bancuhan konkrit/mortar bolehdibentukkan dan dipadatkan denganmu...




Faktor-faktor yang   mempengaruhi kebolehkerjaan                 Keadaan Sekeliling Bahan Juzuk                           ...



Ujian MortarUjian `Turun’ (slump) boleh digunakanuntuk mengukur kebolehkerjaansesuatu bancuhan simen:pasir:airTurun mortar...




TETULANG DAN        JEJARINGJenis-jenis Jejaring:1. Jejaring Dawai Heksagon (0.5” x 22gauge)2. Jejaring Terkimpal Persegi ...



PROSES PEMBINAANSTRUKTUR SIMENFERO(D.I.Y)Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendakdibinaMenentukan anggaran kuantiti ...



Peralatan Asas Kerja      SimenferoPenyodok simenPerata simenPlierPemotong dawaiSarung tanganBerus catDawai halus (sebagai...



PembinaanPenempatan Jejaring DawaiPersediaan MortarPenampalan mortarPengawetan





Penempatan Jejaring      DawaiSaiz dan kedudukan rod sertabilangan lapisan jejaring dawai yangdiperlukan bergantung kepada...



Persediaan MortarMortar dimulakan dengan mencampurkan simendengan pasir pada nisbah 1 : 2 sehingga rataBancuhan mortar dit...



Penampalan MortarMortar dimasukkan ke dalam struktur jejaringdawai dari satu arah dan disokong dengankepingan papan dari a...



Turapan BerbahagianMenurap struktur simenfero besar, adalah lebihbaik diturap secara berbahagian denganmenggunakan proses ...



PengawetanPenting untuk memperbaiki mortarkeras, berkualiti baik dan tidak retak.Kaedah pengawetan digunakan adalahpengawe...



WARNA OBJEKTUJUAN- Menjadikan bentuk lebih realistik  contoh: warna objek kulit kayu mestilah serupa   dengan warna asal.-...



JENIS-JENIS WARNAWARNA PRIMARY- Kuning- Biru- MerahWARNA SECONDARY- Oren- Hijau- Jingga (purple)


Warna Khas- Emas- PerakWarna Neutral   Hitam•   PutihWarna Campuran (Warna Tertiari)Kuning + Merah = OrenKuning + Biru = ...




CAMPURAN WARNA     Apabila hendak mendapatkan    sesuatu warna campuran, pastikan    anda menyediakan warna yang cerah   ...



Gunakan Warna Dari Tin Cat Elakkan dari menggunakan cat terus dari tin Gunakan berus yang bersih dari berbagai ukuran Guna...




RENDERINGMenjadikan sesuatu warna itu rata atausebaliknya mengikut kesan tekstur permukaanobjek. Menjadikan warna tonePast...



JENIS-JENIS SALUR (COAT) -        Vinyl dan EpoxyPrimer mestilah boleh melekat pada mortar.Primer mestilah menerima alkali...




TERIMA KASIH    MPBP



















































Wednesday, February 17, 2016

4 MAZHAB DALAM ISLAM

Mengapa Wujudnya 4 Mazhab dalam Islam?

1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’.

10. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talfiq (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

11. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

12. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.

Monday, January 4, 2016

PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.
Mari kite sama-sama menghayati sejenak erti pengertian maulidur rasul, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
1. PENGERTIAN MAULID NABI :
Dari segi istilah ‘Maulid nabi” ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.
Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi.
Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .
2. DALIL AL-QURAN :
a. Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:
Keterangan:
Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.
Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.
b. Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” –Surah Maryam 15 –
Keterangan:
Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.
c. Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankanpada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali” -surah Maryam 33-
Keterangan:
Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”
3. SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI ?
Jawapanya : Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita yang mula-mula sekali menyambut ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :
i) “Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”
Keterangan :
Jadi di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa setahun sekali , sebab nabi berkata : “Hari ini adalah hari lahir ku” , dan kita telah tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja .
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.
Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .
ii) Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis ( sekarang ni Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini : Maka nabi menjawab tidak .
Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”
Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu tempat lahir nabi Isa, yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.
iii) Begitu juga kisah jariah menyambut perayanya dan para saidina umar (jikalau tidak silap) menegahnya. Lalu nabi berkata : “Jangan , biarkan ia menyambutnya.”
4. PENGKAJIAN :
Dari sudut pengkajian, maka ia tidak lain adalah :
1. Untuk menceritakan sirah nabi
2. Beselawat ke atas nabi sebanyaknya
3. Menghayati perjuangan nabi serta cinta kepadanya
4. Menyedarkan umat untuk kembali mengingati nabi melaui “malulid”
Jikalau kita hendak menyambutnya berseorangan di dalam rumah, tidak menjadi masalah, dan untuk kita membaca sirah nabi bukan waktu “maulid’ juga tidak jadi halangan, itu terpulang pada cita rasa masing2, sebab “Maulid Nabi” yang telah saya terangkan itu adalah “Hari kelahiran Nabi” dan biasanya di buat bertepatan dengan hari “kelahiran nabi”
5. KAEDAH FIQAH :
Barangkali elok kita meninjau kaedah hukum feqah iaitu :
“Al-Aslu fil Asyak al-ibahah hatta Yadulla ‘ala dalil ‘ala tahrim”
Ertinya: Asal setiap sesuatu adalah BOLEH , kecuali ada dalil yang mengharamkanya”
Maka jelaslah selagi mana tiada hukum haram, mahu pun wajib, kita di larang memandai meletakkan hukum.
Jikalau kita meneliti dari nas al-quran dan hadis ternyata tidak ada yang menyatakan “maulid”adalah haram, makruh, dan sebaginya.
Dengan ini jelaslah tiada satu nas pun sama ada al-quran mahu pun hadis, yang mengatakan haram, apatah lagi bidaah.
Sekian wassalam
Wallahu’alam

– Nur Muhammad –
Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad..Cahaya sebagai sumber segala cahaya..
Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini Kepada Nur Muhammad..
Cahaya penghubung hati dengan Allah..
Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan..
Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah..Dan mampu untuk berhubung dengannya..
Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya..
Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya..
Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia
Dialah Allah yang melantiknya Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan
Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..
Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia..

SALAM MAULIDUR RASUL