Berikut saya senaraikan langkah-langkah untuk mereka yang berminat menjadi usahawan ekspress tanpa modal dan juga tanpa pengalaman yang mendalam.
- Tanam minat untuk menjadi boss sendiri – Keinginan ini semua orang yang normal sudah milikinya cuma kebanyakannya tidak melangkah setapak lagi ke hadapan untuk merealisasikan keinginan tersebut.
- Mula membaca buku-buku berkaitan – Lupakan novel, lupakan majalah hiburan, lupakan gossip hiburan dan juga politik. Tumpukan pada bacaan buku biographi usahawan berjaya dan buku yang menyentuh tentang kejayaan perniagaan. Pastikan tabiat membaca ini diamalkan selama sejam setiap hari.
- Mula memilih kawan – Kawan yang anda pilih dan juga buku yang anda baca bakal mengubah keadaan diri anda pada masa yang akan datang (jika panjang umur). Pilih kawan usahawan yang berjaya sahaja. Jual diri anda pada mereka agar anda disukai dan jangan lupa membantu mereka secara sukarela setiap kali ada kesempatan. Pastikan anda ada dalam lingkungan 5 ke 6 orang kawan rapat usahawan berjaya.
- Tukar cara anda berfikir – Jangan berfikiran negatif. Tolak semua kepercayaan bahawa sesuatu yang harus itu, susah. Jangan cari alasan kenapa tidak boleh sebaliknya cari jalan bagaimana menjadikan ianya boleh. Berfikiran terbuka dan bersedia dengan semua pilihan yang ada.
- Lebih banyak mendengar daripada bercakap – Orang yang suka bercakap biasanya sering memberikan fokus pada kehebatan dirinya sendiri. Sikap begini hanya meletihkan mereka yang lebih berjaya daripada anda sedangkan apa yang anda cakapkan masih belum terbukti berbanding mereka yang lebih berjaya.
- Mula pilih perniagaan – Bertindak peka dengan semua jenis perniagaan yang ada di sekeliling anda. Senarai pendekkan 3 bisnes idaman anda dan mula membuat kajian terhadap bisnes tersebut. Sila baca beberapa tip memilih perniagaan di bawah.
- Cari perniagaan yang mahu dijual – Setelah ada 3 jensi perniagaan dalam senarai pendek anda. Mula mencari dengan teliti jika ada antara perniagaan tersebut yang mahu dijual oleh tuan punya mengasasnya. Pastikan anda mendapat tawaran yang terbaik. Biasanya perniagaan tersebut menghadapi masalah pengurusan atau tuan punya hilang minat.
- Tawarkan pada rakan usahawan anda untuk mengambil alih – Setelah anda temui perniagaan yang hendak dijual, tawarkan pada kawan-kawan usahawan anda yang berjaya untuk menjadi pembiaya. Yakinkan anda punya idea dan kesungguhan untuk pulihkan perniagaan itu.
- Jangan tamak – Biarkan pembiaya miliki majoriti besar dalam pegangan saham. Jika anda boleh miliki 10% atau 20% pegangan saham sudah mencukupi.
- Pastikan anda berkuasa penuh dalam menjayakan perniagaan tersebut – Walaupun pembiaya punyai pegangan majoriti, anda perlu mendapat persetujuan dari beliau yang anda mahu mengurus dan memajukan perniagaan itu dengan cara anda sendiri. Pembiaya hanya menjadi mentor sahaja yang menasihati pendekatan yang yang perlu anda pilih.
- Beri tumpuan penuh sekurangnya 3 tahun – Biasanya anda akan mengusai pengurusan perniagaan yang anda beli dalam tempoh 3 tahun sahaja. Kuasai segala perkara teknikal dan kenali semua pesaing dalam industri yang sama.
- Mula melihat peluang lain – Anda ada dua tahun lagi untuk memikirkan empayar anda sendiri di mana anda menjadi pemilik penuh. Tawarkan pembelian semula saham kepada pembiaya anda dengan harga yang lumayan. Biasanya tawarkan nilai 70% daripada jumlah jualan syarikat sebagai harga belian.
- Jika jualan syarikat adalah RM1 juta setahun, harga tawaran adalah sebanyak RM 700 ribu atau kurang dari itu.
- Pembayaran boleh dibingcang di mana anda boleh gunakan wang syarikat untuk membayar wang pendahuluan. Pastikan syarikat ada wang dan itu adalah tanggung jawab anda.
- Tawarkan pembayaran selanjutnya secara bulanan atau 6 bulan sekali dan habiskan pembayaran dalam tempoh 5 tahun.
Jika dikira tempoh dari anda mula membeli perniagaan sehingga anda memiliki sepenuhnya perniagaan anda, anda cuma perlukan 5 tahun saja untuk menjadi pemegang saham penuh perniagaan tersebut. Namun begitu anda masih perlu 5 tahun lagi untuk menghabiskan pembayaran dan pastikan perniagaan anda menjadi lebih besar dan menguntungkan dalam tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment