Friday, April 15, 2016

merancang perniagaan anda

Untuk anda yang ada impian untuk berhenti kerja dan berniaga, terlebih dahulu perlu merancang perniagaan anda sebaik mungkin.
Merancang perniagaan tidak semestinya perlu ikut format macam nak buat kertas kerjarancangan perniagaan yang biasa orang sediakan.
Melainkan anda ada hasrat nak dapatkan dana atau pinjaman dari agensi kerajaan atau bank swasta, merancang perniagaan boleh dilakukan dengan cara yang anda suka. Tapi pastikan kena caranya supaya ia dapat membantu kejayaan anda sendiri.
Tujuan paling utama anda merancang perniagaan adalah untuk diri anda sendiri, kemudian barulah difikirkan untuk orang lain.
Syarat paling utama untuk pastikan anda berjaya berhenti kerja dan memulakan perniagaan adalah, dengan melakukan perancangan perniagaan anda di atas kertas.
Anda perlu luahkan segala perancangan keluar dari kepala di ditaburkan di atas kertas supaya pemikiran menjadi lebih jelas.
Kajian di Amerika menunjukkan mereka yang menulis rancangan perniagaan mereka atas kertas adalah 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk benar-benar mula berniaga berbanding mereka yang hanya berangan-angan dalam kepala.
Oleh itu, pastikan anda merancang perniagaan anda atas kertas.

5 sebab utama anda perlu merancang perniagaan

Berikut saya kongsikan 5 sebab utama kenapa anda perlu merancang perniagaan anda dengan menulisnya atas kertas dengan jelas.
  1. Merangka proses – Anda perlu merangka semua proses perjalanan perniagaan satu demi satu dari mula sampai akhir supaya jelas dan tidak tertinggal satupun proses yang penting. Fikirkan segala proses yang anda perlu buat satu persatu dari mula sampai habis untuk menjayakan perniagaan anda.
  2. Merangka kos – Ini merupakan satu-satunya cara untuk menentukan samada perniagaan anda boleh dijayakan atau tidak. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, anda perlu mengira segala kos dan jualan dengan terperinci. Anda perlu tahu bezakan antara kos jualan dengan kos tetap supaya kiraan menjadi lebih mudah dan logik.
  3. Mendapatkan dana – Untuk memudahkan peluang anda mendapatkan dana modal perniagaan atau hutang perniagaan samada dari pelabur atau bank, anda perlu sediakan rancangan perniagaan yang baik.
  4. Mengenal pasti kemahiran yang diperlukan – Dengan merancang perniagaan anda dan sediakan proses perniagaan tersebut satu persatu, anda dapat kenal pasti apakah kemahiran yang anda perlu sediakan. Mungkin anda tidak tahu pasal pemasaran, maka dari mana anda akan dapat kemahiran tersebut. Anda juga mungkin tidak mahir dalam book-keeping (catitan duit keluar masuk), bagaimana anda selesaikannya?
  5. Mengenal pasti persaingan – Dengan merancang perniagaan anda, anda boleh tahu siapa pesaing yang ada samada secara terus atau tidak secara lansung. Dengan membuat kajian pasaran, anda boleh meletakkan perniagaan anda pada posisi yang lebih baik.

Apa yang perlu ada dalam perancangan

Tidak lengkap jika tidak saya kongsikan bagaimana nak merancang perniagaan anda.
Untuk meringkaskan penulisan, saya hanya gariskan apakah perkara yang perlu ada dalam perancangan anda tersebut.
  1. Pemain utama perniagaan anda – Siapa pemain utama dalam perniagaan yang nak anda jalankan. Adakah hanya anda sendiri, atau ada lagi orang lain. Apakah kemahiran dan kelayakan yang anda dan orang lain ada. Senaraikan satu persatu supaya jelas. Jangan tipu-tipu ok !.
  2. Produk atau servis yang ditawarkan – Senaraikan tawaran yang ada satu persatu. Biar ringkas tapi jelas dan ditakrif dengan baik. Gariskan juga kelebihan produk atau servis tersebut satu persatu supaya ia menarik. Bagaimana ianya disediakan, buat sendiri atau outsource dan lain-lain lagi yang berkaitan.
  3. Pasaran – Siapa pembeli yang anda sasarkan. Jelaskan demografiknya. Adakah ianya individu atau syarikat, dalam atau luar negara dan lain-lain lagi. Berapa besar saiz pasarannya. Berapa peratusan pasaran yang ada itu agaknya anda nak sapu.
  4. Strategi pemasaran – Bagaimana anda nak pastikan mereka yang anda sasarkan itu tahu kewujudan anda. Bagaimana anda nak sampaikan kelebihan anda pada mereka supaya mudah dan jelas serta menarik minat mereka. Apakah anda akan gunakan media sosial, atau iklan, atau mulut ke mulut, atau pergi jumpa secara terus, buat website, tulis artikel, dan lain-lain lagi.
  5. Analisa pesaing – Buat kajian pasaran yang ada. Siapa pesaing terdekat anda. Siapa pesaing jauh anda. Apa kelebihan dan kekurangan mereka. Apa kelebihan pada anda yang pesaing tak ada. Buat analisa SWOT supaya lebih jelas kelemahan dan kekuatan anda serta idea bagaimana nak atasi ancaman yang mendatang.
  6. Operasi dan logistik – Jelaskan bagaimana perjalanan perniagaan berfungsi setiap hari. Bagaimana anda sampaikan produk atau servis anda dari lokasi A ke lokasi B. Apa kemudahan pengangkutan dan peralatan yang diperlukan. Adakan anda perlukan premis perniagaan. Jelaskan juga bagaimana terma bayaran dan bagaimana pembayaran dilakukan.
  7. Kos dan strategi harga – Jelaskan berapa harga yang anda akan letak. Berapa kos pembuatannya dan berapa margin keuntungan kasarnya.
  8. Unjuran kewangan – Buat unjuran hasil jualan setiap bulan sampai setahun. Masukkan elemen musim perayaan dan sebagainya dalam unjuran jualan tersebut. Kira kos jualan yang bakal ada berdasarkan nilai jualan dan masukkan juga kos tetap. Hasil dari kiraan jumlah duit masuk dan duit keluar itu, anda akan dapat unjuran kewangan samada untung atau rugi perniagaan anda.
  9. Plan B – Ini juga penting untuk diri anda sendiri. Buat perancangan jangka pendek jika apa yang dirancang tidak menjadi. Buat plan B bagaimana unjuran jualan tidak berlaku dan bagaimana anda nak lonjakkan semula. Adakah dengan melemparkan harga rendah boleh menyelamatkan keadaan sekurang-kurang supaya tidak hangus semua yang telah dilaburkan. Buat juga plan B untuk jangka panjang seperti beralih arah dari ada premis kepada niaga online. Dan paling teruk jika gagal, apakah yang anda akan belajar dari kegagalan tersebut.
Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian tentang kaedah merancang perniagaan anda. Saya dah sampaikan sekadar mampu, moga ada manfaatnya untuk anda yang baru nak berniaga.

No comments:

Post a Comment