Friday, April 15, 2016

Langkah awal dalam pengurusan perniagaan

Aktiviti pengurusan perniagaan bermula sejak daripada terdetiknya idea untuk menjadi usahawan.
Biasanya apabila seseorang itu berada di dalam kumpulan kawan-kawan yang berjaya dalam perniagaan dan dia kekal lama dalam kumpulan tersebut, otaknya juga akan bertukat menjadi otak usahawan.
Langkah pertama menguruskan perniagaan
Jika anda salah seorang daripada mereka yang dikelilingi olah kawan-kawan usahawan dan anda rasa selesa dengan mereka dan sering bertemu.
Walaupun belum lagi ada apa-apa perniagaan yang dijalankan dan masih lagi tercari-cari idea perniagaan, jangan buang masa dengan membiarkan proses pencarian itu berlalu sia-sia tanpa buat sesuatu yang bakal membantu anda selepas ini.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendaftarkan sebuah syarikat perniagaan persendirian dengan segera. Mendaftar syarikat entreprise bukanlah mahal dan merupakan proses yang cukup mudah.
Pendaftaran syarikat boleh dilakukan dengan Suruhan jaya Syarikat Malaysia atau lebih di kenali sebagai SSM. Semuan urusan boleh dilakukan secara online dan semua maklumat bagaimana nak mendaftar juga boleh didapati daripada portal SSM.
Kenapa perlu daftarkan syarikat terlebih dulu
Mungkin ada yang rasa sedikit pelik kenapa perniagaan belum ada tetapi dah nak kena daftar syarikat perniagaan. Tak boleh ke tunggu sehingga ada perniagaan baru buat semua itu?
Itu pertanyaan yang logik. Tak salah sebenarnya kalau tak pergi daftarkan syarikat pun. Sebab itu saya katakan bab pengurusan perniagaan berlaku seawal baru nak cari idea berniaga.
Bila dah jumpa perniagaan anda hanya perlu memikirkan tentang urusan menjalankan perniagaan itu sahaja dan tak perlu diserabutkan dengan urusan nak daftar syarikat. Jangan bila nak terberak baru nak korek lubang, boleh! tapi sedikit tersiksa mengorek sambil mengepit tahan berak.
Buka akaun syarikat
Bila dan ada syarikat perniagaan, bukalah akaun syarikat di mana-mana bank yang anda rasa selesa. Biasanya orang lebih suka buka akaun di Maybank ataupun di CIMB kerana kedua-dua bank tersebut ada di banyak tempat.
Untuk buka akaun perniagaan, perlu ada ‘introducer’ yang mempunyai akaun perniagaan juga di bank yang sama. Di sini anda boleh pastikan antara kawan-kawan usahawan yang ada, siap yang paling selesa dan senag bekerjasama. Sediakan sedikit wang untuk membolehkan anda membuka akaun. RM1 ribu dah mencukupi.
Bila dah ada syarikat dan kemudainnya ada akaun, pohonlah buku cheque. Percayalah bahawa jika anda berjaya membuat kesemua itu semangat untuk berniaga dan mencari peluang akan lebih tinggi daripada sebelum ini.
Ambil peluang sebagai bumiputera
Jangan lupa untuk memohon sijil kementerian kewangan. Apa guna jadi usahawan jika tak tahu rebut peluang yang ada disediakan oleh kerajaan.
Untuk membolehkan anda menyertai bidaan atau tender pembekalan barangan tertentu yang diperlukan oleh kerajaan, syarikat perlu ada sijil kewangan.
Walaupun perniagaan anda baru naik pucuk, tidak ada kekangan untuk memohon sijil kementerian kewangan. Pilihlah 10 jenis perniagaan yang anda rasa sesuai dan ada idea untuk melaksanakannya sebagai pembekal kepada agensi kerajaan.
Jika perniagaan sudah ada, contohnya anda buat T-shirt, pastikan ada sijil kewangan dengan tajuk membekalkan pakaian agar anda boleh menjadi pembekal t-shirt bila ada peluang. Jika anda jual makanan di pasar malam, jangan lupa ambil tajuk kewangan yang berkenaan makanan.
Belajar buat kerja penting tetapi tidak mendesak
Jika anda pernah baca buku 7 tabiat yang terkenal itu, anda tentu ingat betapa orang yang berjaya memberikan tumpuan lebih banyak kepada melakukan perkara yang penting tetapi tidak terdesak secara konsisten.
Pengurusan perniagaan yang saya cadangkan pada anda adalah satu latihan membiasakan diri melakukan perkara penting sebagai usahawan. Jangan tangguh melakukannya walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mendesak atau ‘urgent’.
Jika ditangguhkan dan dibiarkan masa berlalu, bila datang masanya perkata sebegitu akan menjadi mustahak dan mendesak. Di kala itu anda mula kelam kabut dan akan terperangkap.
Khidmat pengurusan perniagaan
Semua yang saya sebutkan di atas boleh dilakukan sendiri jika anda ada masa. Seandainya masa menjadi masalah utama sekarang, maklumlah masih makan gaji dan amat komited dengan kerjaya anda, ada syarikat yang boleh uruskan semua itu.
Anda boleh gunakan perkhidmatan Azamacc Services Sdn Bhd untuk:
  • Pengurusan pendaftaran syarikat samada entreprise atau sdn bhd
  • Pengurusan mohon sijil kementerian kewangan dan status bumiputera
  • Pengurusan kewangan dan lain-lain
Atau hubungi En Moazam di 016-6655659 untuk pengurusan perniagaan anda yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment